‘Saya sudah masuk…saya tak akan keluar’- Anwar Ibrahim

Info Oleh : Agenda Daily

Kalau setakat sepuluh tahun kelibatnya tidak kelihatan di parlimen belum cukup untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tumpuan semasa muncul majlis perasmian penggal pertama Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Selasa.


Rentetan kisah-kisah politik selepas pilihanraya umum 8 Mac yang memberi nafas baru kepada pembangkang membuatkan ramai yang nak tahu apa ceritanya semasa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat di majlis itu.

Ini lebih-lebih lagi dakwaannya ada sebilangan ahli parlimen Barisan Nasional nak menyeberang ke kem pembangkang dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang selewat-lewatnya September ini.

Asalnya ada sedikit salah faham Isnin bila Wan Azizah mendakwa tidak menerima kad jemputan macam ahli parlimen lain yang membolehkan pasangan mereka menghadiri majlis itu.

Anwar,60 tetap dengan stailnya bersahaja sepanjang berada pada majlis itu.Beliau turut menyaksikan perjalanan perasmian dari galeri awam Dewan Rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menyapa sejenak Perdana Menteri serta sebilangan menteri.

Semasa ditemui para wartawan Anwar tidak menyembunyikan azam politiknya untuk ‘menawan parlimen’.

“Sekarang saya sudah masuk…saya tak akan keluar,”katanya.

Anwar bagaimanapun tetap bermain teka teki mengenai spekulasi mengatakan beliau akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil untuk melangkah masuk secara rasmi ke parlimen.

“Saya fikir tak banyak masalah tapi kita bincang dululah dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Terlalu awal sekarang,”ujarnya.

Apapun kata Anwar beliau mahu para ahli parlimen pembangkang menjadi suara yang mengegarkan parlimen.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: