INFO PANAS!! Siapakah Bekas Menteri yang Didakwa Meraba Pelayan Hotel itu??

Info Oleh : Agenda Daily

Dalam keadaan suhu politik negara agak panas sekarang, tiba-tiba muncul pula berita gempar mendakwa seorang bekas menteri dituduh melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita pelayan hotel berumur 30 tahun.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur baru-baru ini semasa menteri berkenaan bersama-sama beberapa rakannya sedang menikmati cigar (cerut) di sebuah kelab eksklusif yang terletak dalam hotel berkenaan.

Kisah itu mula berlegar dalam internet sejak Isnin malam dan mencetuskan berbagai tandatanya khususnya siapakah bekas menteri itu.

Asalnya ada juga yang menduga ia cerita tak berasas yang sengaja disebarkan menerusi internet Baca baki entri ini »

Advertisements

Padamkan api Fitna dengan al-Quran

Oleh : Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz (UTUSAN)

TIDAK dinafikan, al-Quran merupakan ubat utama kepada masalah manusia. Sebabnya, ia boleh diibaratkan sebagai buku manual yang dibekalkan oleh Allah untuk menangani makhluk yang bernama manusia. Walau bagaimanapun, seperti semua jenis ubatan yang lain, jika tidak diguna atau dipreskripsikan dengan betul, ubat tersebut akan menjadi racun yang boleh memudaratkan penggunanya.

Merujuk paradigma di atas, dapat disimpulkan tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders dalam menghasilkan filem kontroversi terbaru mengenai al-Quran samalah seperti mengambil al-Quran dari sudut yang tidak betul. Akhirnya memesongkan mesej sebenar ayat-ayat tersebut. Baca baki entri ini »

JPP: Umno-BN cabuli kedaulatan Raja-raja Melayu

Oleh : Wan Nordin Wan Yaacob (HARAKAH 22 April 2008)

Usaha Umno-BN mewujudkan kerajaan dalam kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat disifatkan sebagai mencabuli kedaulatan Raja-raja Melayu.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar yang mahu Majlis Raja-raja menasihati Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi segera membubarkan JPP.

“Kerajaan BN seolah-olah tidak mengiktiraf keputusan rakyat yang memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat mentadbir lima negeri dengan mewujudkan JPP,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

JPP katanya adalah badan penyaluran peruntukan pembangunan yang bukan kepada kerajaan negeri yang memerintah, sebaliknya satu jabatan lain yang terasing. Baca baki entri ini »

Refomarsi Badan Kehakiman : Harapan dan Kenyataan

Oleh : Dr Abdul Aziz Bari (Kelantankini)

KOMITMEN kerajaan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya kehakiman sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 18 April lalu umumnya disambut dengan gembira oleh banyak pihak.

Bagaimanapun sehingga kini belum jelas apakah kuasa dan bagaimana suruhanjaya itu akan beroperasi. Apa pun Perdana Menteri menyatakan bahawa penubuhan suruhanjaya itu tidak akan mengganggu atau merubah rejim perlembagaan yang ada sekarang. Baca baki entri ini »

BPR kepada Suruhanjaya, sekadar ‘gincu’ untuk politik Abdullah

Oleh : Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 22 April (Hrkh) – Cadangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai sebuah suruhanjaya bebas dianggap pelbagai pihak sekadar bersifat ‘kosmetik’ bagi mencantikkan wajah politik beliau yang semakin buruk berikutan kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum lalu.

Keputusan pilihan raya itu juga membuktikan bahawa segala idea, janji dan dasar yang pernah diuar-uarkan Abdullah pada empat tahun sudah tidak dapat diterima lagi malah dianggap sebagai retorik politik semata-mata khususnya yang membabitkan isu-isu rasuah. Baca baki entri ini »

Tiada lagi `jerung dan bilis’- Kata Pak Lah

Oleh : Agenda Daily

Usaha pembaharuan bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada ketelusan kerajaan diperkukuhkan lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Isnin mengumumkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan dijadikan sebuah suruhanjaya sepenuhnya.

Pengumuman itu menurut Abdullah adalah sebahagian daripada usaha untuk menunaikan janji-janji yang dilakukan pada pilihan raya umum 2004.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan maklum balas awal orang ramai, kerajaan mendapati kekecewaan rakyat terhadap situasi hari ini berpunca kepada tiga sumber utama.

“Pertama, rakyat merasakan bahawa institusi dan kerangka perundangan bagi antirasuah masih lemah dan wujud kecenderungan untuk disalahguna. Mereka menyatakan keperluan bagi memisahkan kuasa secara jelas antara institusi kerajaan serta ketelusan dan kebertanggungjawaban awam yang lebih tinggi daripada agensi-agensi penguatkuasa,” katanya. Baca baki entri ini »