UJIAN KHAS KE ASRAMA PENUH

PUTRAJAYA - Satu ujian khas mungkin diwujudkan bagi kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh untuk menggantikan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) jika ia dimansuhkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ujian khas tersebut tidak akan diwajibkan tetapi terbuka kepada pelajar-pelajar yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

“Ujian khas sebegini pernah dilakukan dahulu bagi kemasukan ke Maktab Melayu Kuala Kangsar,” katanya selepas menerima lawatan anak-anak dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di sini semalam.

Baca baki entri ini »

Menteri: Sajak Kematian tidak wajar

MALAYSIAKINI – Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video ‘Sajak Kematian’ di sekolah-sekolah seperti  dilaporkan.

hishamuddin husseinMenteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video ‘Sajak Kematian’ di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

“Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat,” katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.

Baca baki entri ini »

Guru dinasihat jangan bincang soal politik di sekolah

MALAYSIAKINI – Kementerian Pelajaran menasihatkan guru supaya tidak membincangkan isu semasa politik di sekolah kerana dikhuatiri ia akan mengganggu tugas sebenar mereka.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail berkata kementerian tidak mahu guru menjadi seolah-olah penganalisis politik dan mereka sepatutnya menumpukan sepenuhnya kepada tugas mendidik.

“Beban kerja guru sudah cukup berat. Kita tidak mahu guru kita terganggu atau terpesong dengan apa yang berlaku dalam keadaan politik sekarang.

Baca baki entri ini »

Guan Eng jawab Hisham

MALAYSIAKINI – Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini menjawab pertanyaan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai tapak untuk membina Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang kerajaan negeri janjikan.

Lim berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti lapan tapak untuk pembinaan cawangan sekolah-sekolah berkenaan.

Ketika ini, katanya, kerajaan negeri masih menunggu jawapan kerajaan pusat berhubung permohonan untuk kelulusan dan peruntukan kewangan bagi pembinaannya, demikian menurut laporan Bernama.

Baca baki entri ini »

Perkenalkan Didikan seks di kem PLKN tahun 2009

MALAYSIAKINI – Slot pendidikan seks akan diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada sesi Januari 2009, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata modul pendidikan itu akan dilaksanakan melalui slot khas selama 10 jam di setiap kem PLKN, lapor Bernama.

Baca baki entri ini »

‘Mayat AUKU’ dirampas polis

MALAYSIAKINI – “Kami bawa mayat AUKU, tetapi kemudian dirampas oleh polis” – kata seorang aktivis Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA).

Patung mayat, sebesar saiz manusia, yang dikafankan dengan kain putih diusung dalam keadaan renyai-renyai dari depan pintu bangunan Parlimen ke pinggir Tugu Peringatan Negara selepas bantahan sekumpulan aktivis pelajar selesai.

Baca baki entri ini »

MB S’gor enggan mohon maaf

MALAYSIAKINI – Menteri besar Selangor enggan meminta maaf berhubung cadangannya agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima 10 peratus pelajar bukan Bumiputera walau mencetuskan kemarahan orang Melayu dan bantahan pelajar universiti itu.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga berharap isu berkenaan tidak lagi dibesar-besarkan, lapor Bernama hari ini.

Baca baki entri ini »

Siswa UiTM mahu temui Khalid segera

MALAYSIAKINI – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedia mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan beberapa syarat, termasuk ia dibuka kepada pihak media.

Semalam, Abdul Khalid berkata, beliau mahu mengadakan pertemuan dengan wakil pelajar UiTM berhubung saranannya supaya pusat pengajian tinggi itu turut dibuka kepada bukan bumiputera.

Berikutan itu, para pelajar UiTM telah berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi semalam untuk menyerah memorandum kepada Khalid sebagai membantah syor tersebut.

Baca baki entri ini »

DAP Macam sesumpah…warna berubah ikut kepentingan

AGENDA DAILY – Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan hak berdemonstrasi yang selama ini menjadi ‘isu belasahan’ DAP untuk meyerang kerajaan, terus menjadi bahan serangan parti itu tetapi kali ini daripada sudut yang berbeza.

Jika selama ini ISA ditentang dan dicabar penggunaannya serta demonstrasi diangkat sebagai hak yang perlu dihormati, kini parti itu mahu ISA digunakan dan mereka yang berdemonstrasi pula mesti dikenakan tindakan.

Sebabnya, mudah sahaja. Ia kerana demonstrasi yang diadakan bagi menghalang forum Memeluk Islam tidak menepati ’selera’ mereka.

Baca baki entri ini »

Perarakan ‘Baju Hitam’ bantah buka UiTM kepada bukan Bumiputera pagi ini

mSTAR – PETALING JAYA: Lebih 3,000 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) mula berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi ini sebagai tanda membantah syor supaya pusat pengajian tinggi tersebut dibuka kepada bukan Bumiputera.

Tinjauan mStar Online mendapati penuntut UiTM mula berkumpul sejak 7.30 pagi tadi untuk bergerak secara konvoi melahirkan pendirian bantahan mereka.

Baca baki entri ini »

Bantah ‘campur tangan’ politik di IPT

MALAYSIAKINI – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menulis surat kepada menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran dan naib canselor institusi pengajian tinggi (IPT) mendesak supaya pilihanraya kampus selepas ini bebas daripada “campur tangan keterlaluan” politik kepartian.

Presiden persatuan itu Hilmi Ramli berharap menteri pelajaran dan timbalannya serta naib canselor universiti masing-masing dapat memainkan peranan mereka memastikan pilihanraya kali ini bebas daripada sebarang gangguan.

“Kita mahu kampus bebas daripada gangguan-gangguan yang tidak dikehendaki,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, dalam pemilihan tahun-tahun lalu, terdapat parti-parti politik terlibat dalam proses pemilihan barisan pemimpin mahasiswa.

Baca baki entri ini »

Nik Aziz: Sambut baik Kementerian Pelajaran daftar semua SAR di Kelantan

mSTAR- KOTA BAHARU: Langkah mendaftar semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kelantan dengan Kementerian Pelajaran akan memberi manfaat kepada banyak pihak, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata kerajaan negeri menyambut baik kesudian kementerian yang diterajui Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebelum ini.

“Saya setuju semua SAR di bawah kelolaan YIK didaftar dengan kementerian kerana sekolah-sekolah itu akan menikmati pelbagai kemudahan dan peruntukan seperti sekolah di bawah kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Bangunan Kumpulan Sukimi di sini, hari ini.

Baca baki entri ini »

Kabinet lulus pindaan AUKU

BERITA HARIAN – Kabinet sudah meluluskan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) untuk dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat, minggu ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, perbahasan mengenai pindaaan AUKu itu dijangka dibuat pada perbentangan kali kedua, selewat-lewatnya bulan depan.

“Kabinet minggu lalu sudah memberi keluluskan terhadap pindaan Auku yang selalu dipolitikkan pelbagai pihak terutama mengenai kebebasan pelajar.

Baca baki entri ini »

NC tidak halang siswa dekati politik

MALAYSIAKINI – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak menghalang penuntutnya mendekati dunia politik, sebaliknya memanfaatkannya secara positif supaya tidak hanyut dalam gelombang politik.

Naib canselornya Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik dengan positif, para penuntut terdedah kepada  kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat. Baca baki entri ini »

Cadangan Tukar baju Elak Gangguan Seks

Info Dipetik : Malaysiakini.com 21 Mei 2008

Kementerian Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan  hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan mereka.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, kementerian boleh menukar baju putih kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.

“Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ,” kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah Bahari hari ini. Baca baki entri ini »

Auku: Mahasiswa sifatkan kenyataan Menteri hanya kosmetik politik

Info Dipetik : Intan Abdullah
Wed | May 21, 08 | 6:40:08 am MYT

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku hari ini menyifatkan apa yang telah dinyatakan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mohamed Khaled Nordin untuk meminda Akta tersebut yang disifatkan mengongkong mahasiswa itu sebagai kosmetik politik sahaja.

Koordinatornya, Syazni Munir ketika menghubungi Harakahdaily mendakwa pihak KPT hanya membuat pindaan tersebut ke atas sesetengah bahagian di dalam Auku yang tidak menyentuh mengenai tuntutan mahasiswa sebelum ini iaitu mengenai kebebasan bersuara dan penglibatan dalam politik . Baca baki entri ini »

Gara-gara Memberi Teguran…Guru Mendapat AIB!!!

Info Dipetik : Ahmad Shahrul Nizam Muhammad Harian Metro 20 Mei 2008

KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini.

Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.

Dia hanya dibebaskan selepas mendapatkan kerjasama seorang individu berpengaruh yang dikenalinya kira-kira jam 9 pagi. Baca baki entri ini »

Guru DG44 keliru, tidak puas hati

KUALA LUMPUR – Guru siswazah dari kumpulan gred DG44 kini berada dalam keadaan keliru dengan salah satu insentif yang telah diumumkan kerajaan kelmarin.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, Anuar Ibrahim berkata, ia membabitkan insentif guru bukan siswazah gred DGA29 apabila melanjutkan pelajaran dan menjadi guru siswazah akan dinaikkan kepada gred DG44 berbanding DG41 sebelum ini. Baca baki entri ini »

Usah terperangkap dengan ranking universiti

Info Dipetik : Kosmo!! 13 Mei 2008

SEJAK kebelakangan ini universiti awam di negara ini dikritik apabila mengalami kejatuhan daripada pengiktirafan dunia.

Wartawan Kosmo! menemu bual Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) mengenai langkah untuk meningkatkan prestasi universiti tempatan.

Kosmo!: Bagaimana kementerian Datuk Seri dapat memastikan ranking universiti tempatan sentiasa terbaik pada peringkat antarabangsa?

Mohamed Khaled: Jangan terperangkap dengan ranking kerana ia dilabelkan mengi- kut pelbagai persepsi dan cara.

Contohnya seperti Times, mereka menilai sesebuah universiti dari segi persepsi mereka. Tapi tiga daripada universiti tempatan kita turut tersenarai dalam senarai antara- bangsa. Taklah teruk sangat. Baca baki entri ini »

Cikgu amuk baling kerusi

Info Dipetik : Hadzlihady Hassan Harian Metro 13 Mei 2008

AMPANG: Amukan seorang guru yang tidak tahan dengan kenakalan muridnya ketika berada dalam kelas menyebabkan seorang daripada mereka cedera terkena serpihan kerusi dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Taman Melawati di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, guru lelaki terbabit mengamuk apabila beberapa muridnya membuat bising dalam kelas dan tidak mendengar arahannya supaya diam selepas beberapa kali menegur mereka.

Tidak tahan dengan kerenah dan kenakalan murid lelaki tahun lima itu, guru berkenaan secara tiba-tiba naik angin sebelum dia mencapai kerusi lalu membalingnya dan terkena dinding kelas terbabit. Baca baki entri ini »

« Older entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.