19 Jun 2010 pada 1:35 pm (Isu Jenayah, Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa, Isu Sosial, Undang-Undang)
Tags: Rogol, Seks, Sumbang Muhram
PETALING JAYA: Seorang gadis yang menjadi hamba seks abang kandungnya sejak tiga tahun lalu nekad membuat laporan polis walaupun sebelum ini cuba berbuat demikian, tetapi dilarang kedua ibu bapanya bagi mengelak aib keluarga.
Gadis berusia 17 tahun itu mendakwa sering dirogol abangnya yang berusia 24 tahun ketika ketiadaan orang di rumahnya, di Taman Medan di sini.
Mangsa membuat laporan polis semalam.
Baca baki entri ini »
1 Komen
18 Jun 2010 pada 10:17 am (Isu Jenayah, Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa, Isu Sosial)
Tags: Pelacuran, Seks

KOTA KINABALU: Tiga beradik bawah umur warga Filipina yang terpedaya dengan janji manis sindiket pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan daripada terus menjadi hamba kepada ibu dan bapa ayam yang mendalangi aktiviti pelacuran di negeri ini.
Mangsa yang berusia 13, 15 dan 16 tahun diselamatkan hasil beberapa serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah ke atas premis pelacuran di Tawau, kelmarin.
Episod malang tiga beradik terbabit bermula apabila kedatangan mereka ke Malaysia untuk mencari rezeki halal tidak kesampaian selepas terjerat dalam perangkap ibu ayam sebelum dipaksa menjadi pelacur sepenuh masa.
Baca baki entri ini »
1 Komen
18 Jun 2010 pada 9:21 am (Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa, Isu Sosial)
Tags: Cerai, Isteri, Suami, Sultan Brunei, Talak

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah bercerai namun hak dan keistimewaan putera dan puteri daripada keturunan diraja Brunei biasanya kekal.
Pakar sejarah, Prof. Datuk Ramlah Adam berkata, selagi tiada titah Sultan Brunei yang mahu melucutkan keistimewaan anakanda baginda, maka ia akan kekal sebagaimana biasa.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
18 Jun 2010 pada 12:54 am (Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa, Isu Sosial)
Tags: Cemburu, Isteri, Isu Semasa, Suami

KUANTAN – Seorang wanita terpaksa berlari dalam keadaan separuh bogel bagi menyelamatkan dirinya daripada terus disimbahkan asid oleh suaminya yang cemburu buta dalam kejadian di perumahan pekerja ladang getah Kemasui, Mengkarak dekat Bera kelmarin.
Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa dalam perjalanan untuk berjumpa dengan pengurus ladang untuk meminta cuti.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
7 Oktober 2008 pada 1:30 pm (Isu Jenayah, Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa, Isu Sosial, Undang-Undang)
HARIAN METRO – PETALING JAYA: Memeranjatkan apabila tiga kanak-kanak yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan di sini, akhirnya membuka mulut selepas tidak tahan dijadikan `hamba seks’ oleh seorang penghuni lelaki berusia 13 tahun yang gemar mencabul mangsa secara sorok-sorok.
Difahamkan pelajar berusia 13 tahun itu yang turut menghuni rumah kebajikan berkenaan dikatakan menjadikan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sebagai sasaran melepaskan keinginan seksualnya.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
31 Ogos 2008 pada 1:38 pm (Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa, Isu Sosial)

HARIAN METRO – KUALA LUMPUR: Ramai cenderung menganggap mereka miang, buang tabiat dan tak sedar diri apabila lelaki warga emas yang kematian isteri ingin kembali bercinta atau menyuarakan hasrat untuk berkahwin.
Hakikatnya, tanggapan negatif itu menimbulkan tekanan kepada golongan terbabit sehingga ada yang gagal mengawal nafsu lalu terjebak dalam jenayah seksual, termasuk sumbang mahram.
Baca baki entri ini »
1 Komen
8 Ogos 2008 pada 2:45 pm (ANWAR IBRAHIM, Barisan Nasional, Hak Asasi, Isu Agama, Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa, LIWAT, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PAS, PKR, Politik)
MALAYSIAKINI – Seorang pegawai tinggi kedutaan Malaysia di Washington telah dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika berhubung pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat.
Ilango Karuppannan, telah bertemu dengan para pegawai jabatan tersebut Rabu lalu, sebelum ketua umum PKR itu dihadapkan di mahkamah semalam.
Jabatan itu mengesahkan pertemuan tersebut berhubung kes Anwar serta isu-isu yang lain, tetapi tidak mengulas lanjut.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
5 Ogos 2008 pada 1:19 pm (Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa, Isu Sosial)
MALAYSIAKINI – Banyak keluarga miskin dapat diubah nasib mereka jika 10 peratus daripada duit yang dibelanjakan untuk SMS dapat disalur kepada badan-badan amal dan koperasi kebajikan yang bergerak membantu golongan itu.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap tahun rakyat Malaysia membelanjakan lebih RM2.2 bilion untuk SMS seperti menghubungi rakan dan mengundi bintang kesayangan mereka dalam program hiburan seperti Akademi Fantasia dan Gangstarz.
Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
15 Julai 2008 pada 2:39 pm (Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa, Isu Sosial)
HARIAN METRO – SHAH ALAM: Mencuci pinggan selain membersihkan jam serta longkang ialah sebahagian hukuman dikenakan terhadap pelatih di Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), jika mereka melakukan kesalahan atau bersikap sambil lewa dalam mengikuti program rawatan dan pemulihan.
Presiden Pengasih, Yunos Pathi, berkata pihaknya tidak pernah menjatuhkan hukuman lebih berat daripada itu kerana beranggapan ia memadai bagi memastikan pelatih sedar tanggungjawab perlu dilaksanakan mereka untuk pulih.
Baca baki entri ini »
4 Komen
5 Julai 2008 pada 5:11 pm (INFO KESIHATAN, Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa)
BERITA HARIAN (WASHINGTON) : Kekerapan melakukan hubungan seks boleh mengurangkan risiko mati pucuk di kalangan lelaki, menurut satu kajian oleh penyelidik yang melakukan kaji selidik terhadap 989 lelaki antara usia 55 dan 75 tahun dari daerah Pirkanmaa, Finland.
Responden terbabit tidak mengalami sebarang masalah mati pucuk pada awal kajian dilakukan yang meliputi tempoh lima tahun, menurut laporan. Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
24 Mei 2008 pada 12:44 pm (Isu Jenayah, Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa, Isu Sosial, Undang-Undang)
HARIAN METRO (Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Abdullah Wahab) – Selepas aduan mengenai kesakitan dialami pada kemaluan tidak diendahkan ibunya, seorang murid tadika memberitahu gurunya mengenai tindakan abang kandungnya yang kerap ‘menindihnya’.
Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu dikatakan menjadi tempat pemuas nafsu abang kandungnya sendiri berusia 16 tahun sejak Disember tahun lalu.
Bagaimanapun mangsa terpaksa merahsiakan kejadian itu daripada pengetahun keluarga selepas diugut abangnya. Baca baki entri ini »
20 Komen
23 Mei 2008 pada 11:32 am (Isu Jenayah, Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa, Isu Sosial, Undang-Undang)
Info Dipetik : Mohd Nur Asnawi Daud Harian Metro 23 Mei 2008
PETALING JAYA: Bidalan ‘haruan makan anak’ serasi dengan perilaku seorang pemandu teksi yang merogol serta mencabul kehormatan bukan sekadar seorang, malah dua anak perempuannya yang masih mentah dan sepatutnya diberikan perlindungan.
Selepas sekian lama menanggung sengsara menjadi hamba seks bapa kandung sendiri, dua beradik remaja perempuan itu nekad mendedahkan perbuatan terkutuk itu kepada ibu mereka sebelum lelaki durjana terbabit diberkas polis.
Dalam kejadian haruan makan anak yang berlaku di sini, beberapa hari lalu, kedua-dua beradik berusia 12 dan 14 tahun itu mendakwa dirogol dan dicabul kehormatan oleh bapa di rumah mereka. Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen
21 Mei 2008 pada 10:44 am (Isu Keluarga dan Masyarakat, Isu Semasa)
Info Dipetik : HARADIAN SHAH HAMDAN dan MANIRAH OTHMAN Kosmo! 21 Mei 2008
KUALA TERENGGANU – “Saya tak pernah menuntut ilmu dengan Ayah Pin.”
Demikian penafian Mohamed Nor Awang, 57, ketika mengulas desas-desus bahawa beliau mempunyai hubungan dengan ketua ajaran sesat itu sehingga mendorongnya mengikut gaya hidup Ayah Pin berkahwin empat.
Bagaimanapun, menurut pemandu lori itu, beliau memang mengenali rapat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 68, kerana mempunyai ikatan kekeluargaan dengan lelaki berkenaan.
“Dia menjadi adik ipar saya selepas dia berkahwin dengan adik saya, Che Jahara Awang (isteri kedua Ayah Pin),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Baca baki entri ini »
Tinggalkan Komen