Negara Membangun Patut Tubuh Institusi Kewangan Sendiri

BERNAMA – KUALA LUMPUR — Perkumpulan antarabangsa negara-engara Dunia Ketiga patut menubuhkan institusi kewangan khas untuk memenuhi keperluan anggotanya, kata Duta Besar Venezuela ke Malaysia Manuel Guzman hari ini.

Beliau berkata penubuhan institusi itu adalah relevan dan tepat pada masanya berikutan keadaan kemeseletan global sekarang yang menyaksikan ekonomi kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Britain runtuh.

“Kita perlu bekerjasama untuk mencari penyelesaian terhadap masalah ini, Saya percaya kita, negara yang dikira sebagai Dunia Ketiga, patut menubuhkan institusi kewangan sendiri yang dapat menjaga kepentingan dan keperluan negara-negara membangun,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di Wisma Bernama di sini.

Baca baki entri ini »

LCCT Labu: Sime Darby bohong atau Najib bohong?

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Pentadbiran ekonomi negara kini lintang pukang berikutan pelbagai kenyataan bercanggah yang dibuat oleh pemimpin kerajaan dan para pegawai yang terlibat, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Contohnya, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Sime Darby menyatakan cadangan pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Labu telah mendapat lampu hijau daripada kerajaan sedangkan (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) pula menyatakan kerajaan belum membuat sebarang keputusan tentang status pembinaan LCCT itu,” katanya.

Baca baki entri ini »

RM5 billion wang KWSP hangus, BN perosak ekonomi negara

HARAKAHDAILY – Suntikan RM5 bilion yang diumumkan oleh Menteri Kewangan baru sebagai langkah untuk mengangkat nilai syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang dianggap dibawah nilai yang sebenarnya atau “undervalued companies”, menggemparkan pelbagai pihak.

Yang menjadi lebih memeranjatkan ialah RM5 bilion itu akan diambil dari dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai loan atau pinjaman yang diarah oleh Menteri Kewangan.

Persoalannya ialah apakah hak menteri untuk mengarahkan KWSP untuk menghulurkan pinjaman kepada ValueCap Sdn Bhd, sebuah pengurus dana yang dimilikki oleh Khazanah, PNB dan Kumpulan Wang Amanah Pencen.

Baca baki entri ini »

Harga minyak turun lagi

MALAYSIAKINI – Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.

petrol price hike reduction from rm2 45 to rm 2 30 141008Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;

Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.

Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Baca baki entri ini »

Mahathir “Merosak dan Menjahanamkan” Ekonomi Negara ?

MALAYSIAKINI – Seorang jurujual mendakwa, tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – dulu dan sekarang – telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah ekonomi.

Wee Fwen Szuh, 32, dari Gombak, Selangor membuat dakwaan tersebut dalam laporan polis yang dibuatnya di ibupejabat polis daerah Gombak pada jam 11.12 pagi semalam.

mahathir mohamad 180108Dalam laporan tersebut, Wee yang mewakili sekumpulan rakyat prihatin, mahu polis menyiasat Dr Mahathir kerana “merosak dan menjahanamkan” ekonomi.

Baca baki entri ini »

Turun RM0.10 sen amat tidak memadai, rakyat kecewa dengan BN

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat.

Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal.

“Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?” katanya kepada Harakahdaily.

Baca baki entri ini »

PKR: Penurunan harga minyak bermotif politik

MALAYSIAKINI – PKR menyifatkan pengumuman kerajaan menurunkan harga runcit minyak sebanyak 10 sen semalam sebagai satu keputusan yang didasari motif politik semata.

“Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini gagal untuk mengambil kira aspek mekanisme pasaran dan kepentingan rakyat,” kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

bersih protest constitution amendment 071207 tian chuaKatanya, walaupun BN menurunkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh satu bulan, ia tidak langsung memulihkan keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap ekonomi negara, serta mengurangkan impak peningkatan kadar inflasi.

Sebaliknya, kata Tian, ia merugikan peruncit minyak dan pengeluar produk bahan bakar tersebut.

“Keputusan kerajaan untuk menarik balik subsidi minyak hingga menyebabkan kenaikan harga secara mendadak sebanyak 41 peratus pada 4 Jun lalu, jelas meninggalkan impak yang besar ke atas pasaran tempatan.

Baca baki entri ini »

Bajet ‘tawan semula’ hati rakyat?

MALAYSIAKINI – Kerajaan dijangka mengambil peluang daripada pembentangan bajet 2009 hari ini untuk ‘menawan semula’ hati rakyat selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dijangka membuat beberapa pengumuman yang dapat menggembira dan melegakan rakyat apabila membentang bajet 2009 jam 4 petang ini.

Tumpuannya bajet kali ini dijangka untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana khususnya, akibat kos sara hidup yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak.

BN yang diterajui Umno, kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu, Walaupun kembali berkuasa, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Baca baki entri ini »

Kerana Anwar, minyak turun. Pakatan terus komited turun 70sen

SUARA KEADILAN – KUALA LUMPUR- PAKATAN Rakyat terus komited dengan janji untuk menurunkan harga minyak sebanyak 70 sen sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan kelak, kata Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Mengulas mengenai penurunan minyak hanya 15 sen kepada Suara Keadilan, Shamsul berkata, jumlah 15sen itu tidak langsung memberi kesan kepada pengguna petrol kerana telah menanggung kerugian besar akibat kenaikan lalu.

Baca baki entri ini »

Harga petrol RON97 turun 15 sen

MAAYSIAKINI – Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter berkuatkuasa esok.

Pada masa ini, harga minyak petrol RON97 adalah RM2.70 seliter.

Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter. Penurunan harga bahan bakar itu berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Baca baki entri ini »

Pengumuman harga baru minyak pada 31 Ogos, berkuatkuasa 1 September

mSTAR – KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan harga baru petrol dan diesel pada 31 Ogos ini, yang akan dikuatkuasa pada 1 September, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan di sini, hari ini.

Beliau berkata harga yang akan ditetapkan adalah berdasarkan harga purata petrol sepanjang bulan Ogos.

“Harga baru itu akan kita tolak 30 sen yang diberi subsidi yang kerajaan telah setuju. Sekarang ini kita sedang pantau harga minyak (di pasaran antarabangsa) dan saya harap ia akan turun lagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarakat Majlis Sumber Air Negara ke-4 di bangunan Parlimen.

Baca baki entri ini »

Penyerahan royalti tanpa ‘bukti hitam putih’

HARAKAHDAILY – KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menjelaskan bahawa tidak ada keterangan ‘hitam putih’ daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung penyerahan royalti petroleum lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu.

Ahmad dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri itu dijangka akan menerima wang royalti petroleum dan gas itu yang pertama, September ini selepas ia dihentikan sejak tahun 2000 ketika PAS memerintah negeri itu.

Baca baki entri ini »

Shabery gementar, Anwar jaguh – Mahathir

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Debat di antara Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato’ Shabery Cheek baru-baru ini turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membenarkan debat antara Pembangkang dan Kerajaan namun baginya ia bukanlah satu pertandingan yang adil.

“Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan.

Baca baki entri ini »

Pemenang debat isu minyak ialah…

MALAYSIAKINI – Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai “pemenang” debat mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi, demikian menurut tinjauan pendapat oleh Malaysiakini.

Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.

Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Baca baki entri ini »

Debat bersejarah Anwar-Shabery

MALAYSIAKINI – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek mengambil bahagian dalam perdebatan bersejarah mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam ini.

Perdebatan tersebut yang bertajuk “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak’ berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.

Ia bermula jam 9 malam dan berakhir selama sejam.

Baca baki entri ini »

Debat di DBP: Dua jurufoto dipukul

MALAYSIAKINI – Tiga jurugambar dipukul oleh petugas keselamatan ketika mahu keluar dari bilik media massa di tingkat dua bangunan lama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tempat berlangsungnya debat bersejarah isu kenaikan harga minyak malam ini.

Debat selama sejam itu menyaksikan pertikaman hujah antara ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menteri penerangan Datuk Datuk Shabery Cheek malam ini.

journalist beaten up at anwar shabery debate 150708 03Kekecohan berlaku apabila petugas media tersebut dikunci dari luar, menyebabkan mereka marah kerana tidak dapat keluar.

Difahamkan bilik tersebut dikunci oleh petugas keselamatan untuk memberi laluan kepada tetamu VIP meninggalkan dewan itu terlebih dahulu.

Apabila keadaan menjadi kecoh, seorang petugas keselamatan – dipercayai dari pihak penganjur Agendadaily.com – datang membuka pintu bilik tersebut.

Ketika itu, seorang petugas keselamatan didakwa telah membentes kaki seorang jurugambar yang sedang turun tangga, menyebabkan dia tersungkur.

Baca baki entri ini »

Dari debat ke debat…

AGENDA DAILY – Fikir dari sudut mana sekalipun ia memang tidak akan ada akhirnya.Itulah lumrah global antara kerajaan dan pembangkang.

Alhamdullilah debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek Selasa malam berjalan lancar kecuali sikit kekecohan dikalangan beberapa orang diantara lebih 100 rakan media yang bersesak untuk membuat liputan dengan para pengawal keselamatan selepas ia berakhir.

Apa yang menarik perdebatan tidak berakhir di Balai Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka selepas sejam mereka berhujah atas tajuk “ Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”.

Baca baki entri ini »

Debat Minyak: Shabery Serang Peribadi Anwar Di Pusingan Kedua

SUARA KEADILAN – Dalam pusingan kedua debat minyak, Menteri Penerangan Shabery Cheek menyerang peribadi Anwar. Menurut Shabery, perjanjian IPP yang membebankan Petronas hari ini dipersetujui dimasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

Menuduh Anwar mencanangkan agenda populist, Shabery kata sekiranya harga minyak diturunkan, kadar inflasi akan naik jauh lebih tinggi sepertimana yang berlaku di Venezuela, Iran dan Arab Saudi.

Menepis tuduhan Shabery itu, Anwar mengakui bahawa kontrak IPP ditandatangani semasa beliau menjawat Menteri Kewangan.

Baca baki entri ini »

Petronas sumbang RM62.8b pada k’jaan

MALAYSIAKINI – Prestasi tahun kewangan yang luar biasa oleh Petronas telah membolehkan syarikat minyak negara itu menyumbang RM62.8 bilion kepada perbendaharaan kerajaan persekutuan pada tahun ini.

mohd hassan mericanPresidennya, Tan Sri Mohd Hassan Marican berkata prestasi itu bukan sahaja pada harga minyak dan volum jualan yang lebih tinggi malah turut merangkumi penambahbaikan keefisienan operasi dan pengurusan berhemat kumpulan itu.

Bagi tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac, 2008, keuntungan pracukai Kumpulan Petronas meningkat kepada RM95.5 bilion, naik 25.2 peratus daripada RM76.3 bilion sebelum ini, manakala keuntungan bersih meningkat kepada RM61 bilion atau 31.5 peratus daripada RM46.4 bilion.

Perolehan melonjak kepada RM223.1 bilion, meningkat 21.2 peratus daripada RM184.1 bilion dalam 2007, di tengah-tengah persekitaran industri minyak dan gas yang kian mencabar, kata Mohd Hassan.

Baca baki entri ini »

PKR kecewa debat Anwar-Shabery

MALAYSIAKINI – PKR melahirkan kekecewaan berhubung perubahan saat-saat akhir program debat isu kenaikan harga minyak antara penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek malam ini.

Debat yang asalnya dijadual sepanjang 90 minit kini dikurangkan kepada sejam, termasuk lapan minit iklan, kata ketua penerangannya Tian Chua.

Beliau juga kecewa dengan keputusan menukar saluran televisyen kepada TV9, asalnya TV3, yang belum mempunyai liputan menyeluruh.

Baca baki entri ini »

« Older entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.