Buku Pelawat

Tulislah sesuatu pada ruangan ini sempena kunjungan anda ke laman mujahidin…Terima Kasih.

10 Respons

  1. terima kasih kerana menyediakan ruangan komunikasi sebegini… teruskan perjuangan anda, pelbagaikan lagi info2 menarik, panas-pedas Tapi benar

    Mujahidin : Terima kasih sudi berkunjung…InsyaAllah…

  2. apa lah kau orang mengarut ni kaduk???

  3. ok jugak lah info2 kat sini…

    Mujahidin : Emm…TQ banyak2 k…

  4. ini sumber yang saya perolehi dari laman terbuka rakan rakan2 blog kita.
    _______________________________________

    cuba baca sepintas lalu, pk 12 kali erk.

    petikannya tertulis :-)

    Gaji Ketua Menteri Di Malaysia
    Posted on Monday, March 10 @ 16:01:12 MYT by adminis

    by:wanqie

    “Pihak kami telah menerima satu e-mel yang mendedahkan maklumat bagaimana banyaknya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Walau begitu banyak wang gaji mereka, mereka ini masih rakus dengan mengaut pelbagai projek.

    Rakyat yang miskin, makin miskin dan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para menteri tidak menghiraukan nasib rakyat, mereka sekadar berlakon menunjukkan simpati tetapi mereka sebenarnya dalang kenaikan barang di Malaysia

    Pihak kami telah menerima satu e-mel yang mendedahkan maklumat bagaimana banyaknya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Walau begitu banyak wang gaji mereka, mereka ini masih rakus dengan mengaut pelbagai projek.

    Rakyat yang miskin, makin miskin dan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para menteri tidak menghiraukan nasib rakyat, mereka sekadar berlakon menunjukkan simpati tetapi mereka sebenarnya dalang kenaikan barang di Malaysia

    asalamualaikum dan Salam Sejahtera,
    tuan dan puan,

    Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

    Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

    Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

    1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

    2. Elaun Keraian RM10,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

    3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

    4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

    5. Elaun parking RM 5,700.00

    Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

    Lain-lain kemudahan

    1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

    2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

    3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

    4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

    5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

    6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma

    7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

    8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

    9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

    Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

    1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

    2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

    3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

    4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit

    5. Elaun parking RM 5,700.00

    Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

    Lain-lain hal

    Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

    1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
    2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
    3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
    4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
    5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
    6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
    7. Lain-lain sumber

    Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

    Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

    OFFICER INCHARGE
    Bahagian Kewangan
    Jabatan Perdana Menteri
    Putera Jaya
    Wilayah Persekutuan

    Oleh RahsiaPerniagaanPos.Com

  5. aku tambah lagi komen.. haprak sungguh menteri2 BN, nik azik dapat gaji di laburnya lebih 3 suku untuk kebajikan masyarakat, caya atau tak? cuba hang jalan2 ke kb sambil makan2 angin laa… bukan makan ribut. hang cuba pi kampung pulau melaka, tengok suasana persekitaran kehidupan Tuan Guru Nik Aziz, aku gerenti, bila hang tengok sejahat2 manapun kita, sesetan2 mana pun kita, insya allah kita akan insaf… tak caya, cubalah pegi..

    Tahukah anda bagaimana suasana persekitaran beliau? Menteri Ulamak ini mengamalkan kehidupan yang sederhana, tinggal di rumah persendirian yang sederhana, di sebelah masjid, di kelilingi dengan bangunan-bangunan sekolah tahfiz yang di binanya hasil dari pendapatan bulanan nya, beratus2 kanak2, dewasa tahfiz di sekeliling beliau. teruskan usaha murni Tuan Guru.. saya men-ameen kan dari jauh.

  6. salam ukhwah..

    come gak blog nih..
    idup bulann

  7. teruskan usga anda!!!!!!!!!!!!!
    cukuplah setakat kite jadi banggang selama 51 tahun!
    pemerintahan BN lebih teruk drpd israel!
    israel hanya khianat negara/bangsa lain,BN khianat rakyatnya sendiri!!!!

    Takbir!

  8. POLLITIK KAUM BUKAN LAGI DI MALAYSIA!
    PAS 4 al!!!!!!

  9. Tahniah! dan teruskan perjuangan anda.

  10. Blog ini ada juga nasihat islamnya. Tetapi yg peliknya, ada jugak kata kata mengherdik, mengumpat dan memfitnah parti yang tidak sehaluan dgn blog ini. Apakah mesej yg hendaj disampaikan disini? Bloh PAS ker ini? Blog Cina DAP ker ini? Atau pakatan blog Islam dan Kafir mungkin? Sudah lah.

Tinggalkan jawapan