Menantu Nik Aziz sedia disiasat

HARIAN METRO – KOTA BHARU: Menantu Menteri Besar Kelantan, Ariff Fahmi Abdul Rahman, berkata beliau sedia membantu siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika wujud unsur kronisme serta salah guna kuasa dalam pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Saya sedia beri kerjasama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan BPR Kelantan Mohd Jaafar Hussein baru-baru ini bahawa pihaknya sedang mengkaji kebenaran surat layang diterimanya yang menyentuh isu kronisme serta salah guna kuasa dalam pelantikan itu.

Ariff Fahmi enggan mengulas lebih lanjut berhubung kes berkenaan setelah dinasihatkan oleh pihak tertentu dan membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Semalam, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau bersedia memberi kerjasama penuh jika BPR mahu menyiasat pelantikan menantunya itu.

APA KOMEN ANDA ?

2 Respons

  1. Siasat tugas polis…

    biarkan siasatan dan serahkan kepada Mahkamah tentukan .

    http://beritamalaysiakini.wordpress.com/

  2. .
    1 kewajaran wujudnya seorang anak/menantu dlm PMBK adalah harapan dan kepercayaan kpd seorang ahli keluarga untuk menjaga sebuah institusi yg sangat sensitif dan strategik..
    .
    tetapi sikap sombong menantu beliau bukan lagi rahsia di kalangan orang2 PAS Kelantan..
    .
    aku sendiri pernah terasa hati kerana kesombongannya.. iaitu sebelum aku mendengar cerita2 tentang sikap buruknya itu..
    aku sedih.., bila aku ceritakan pengalaman aku berurusan dgn budak Ariff tu kpd rakan2.., rupa2nya ramai yang dah senasib dgn aku..
    .
    aku percaya orang2 PAS yg marah atas lantikan si Ariff tu adalah kerana perangai bongkaknya
    .
    kalau budak Ariff ni baca komentar aku ni harap dapat muhasabah diri..
    .
    kalau sapa2 yg boleh sampaikan kpd TGNA, harap TGNA boleh tegur la menantunya itu..
    .

Tinggalkan jawapan