BONGKAR !!! Hidup mewah melayan wanita elit…

KOSMO! – KUALA LUMPUR – Segelintir penuntut universiti yang terdesak dibelenggu pelbagai masalah, daripada dipinggir keluarga, kemiskinan dan ‘dahagakan’ kehidupan mewah sudah mendorong mereka menjual maruah diri menjadi gigolo.

Dengan bermodalkan muka tampan, tubuh tegap dan mesra, mereka mencari pelanggan menerusi ruang sembang siber dan blog.

Jika ada keserasian, pertemuan yang diatur kemudian berpanjangan sehingga ke bilik tidur.

Menariknya, gigoloIPT ini tidak ada caj tetap kerana kebanyakan bayaran bergantung pada kepuasan pelanggan yang terdiri dari mak datin, andartu atau isteri orang yang kesepian.

Melalui sumber, Kosmo! diberitahu, selain seks, mereka diperlukan sekadar menemani pelanggan yang ada di antaranya bukan sahaja wanita tetapi juga golongan profesional asing yang bekerja di negara ini.

Seorang daripadanya yang hanya mahu dikenali sebagai Zack berkata, dia mencari kemewahan selepas bosan dengan kemiskinan keluarga.

Penuntut sebuah IPT di ibu kota itu memberitahu, pada mulanya pekerjaan itu sekadar mencari duit poket tetapi lama kelamaan bertukar hampir sepenuh masa selepas diulit kemewahan.

Malah katanya, faktor kemewahan itulah menyebabkan selain dia, ada sekurang-kurangnya 25 lagi gigoloyang juga kenalan kampusnya turut terbabit dalam aktiviti yang sama.

Namun Zack antara yang paling laris sebab mempunyai susuk tubuh tinggi dan tegap serta pandai mengambil hati.

Tambah lagi dengan kemahiran mengurut badan – menjadikan dia digilai ramai wanita kenamaan yang menjadi pelanggan tetapnya.

“Kalau nak bergantung pada duit biasiswa atau pinjaman, mana cukup?

“Saya bukan mengedar dadah, mencuri, menjual perempuan atau senjata api, saya cuma jadi gigolo,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tinggalkan komen