Nombor Ekor Perut Anak Dara…

HARIAN METRO- KUALA LUMPUR: Dulu puja kubur, keris dan barangan aneh, tetapi kini ‘tahi judi’ semakin menggila apabila menggunakan wanita sebagai bahan eksperimen untuk mendapatkan nombor ekor.

Caranya mudah. Bawa wanita berstatus dara dan bomoh ekor yang memperkenalkan taktik itu akan menjelmakan nombor ekor enam digit serta empat digit di perut dara terbabit.

Lebih menggembirakan tahi judi, pengeras yang dikenakan hanya RM15.55 dan disyaratkan membeli nombor ekor dengan taruhan maksimum RM10.

Kerja sewel itu didedahkan seorang tahi judi yang mengaku beberapa kali mencuba menggunakan taktik berkenaan, tetapi kecewa apabila tidak pernah mendapat pulangan seperti diharapkan.

Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Majid, 40, berkata taktik ‘nombor ekor perut dara’ semakin terkenal apabila beberapa bomoh ekor galak mempromosinya.

“Rakan kaki nombor ekor lain beritahu, bomoh yang menggunakan taktik itu ada di merata negeri, tetapi saya hanya mencuba bomoh di Lembah Klang.

“Bomoh yang saya temui mensyaratkan taktik itu hanya boleh digunakan pada malam Jumaat. Jika datang bawa anak dara pada hari lain, dia tidak layan,” katanya.

Menurut Abdul Majid, sambutan tahi judi terhadap eksperimen itu sangat menggalakkan dan bukan sesuatu yang aneh melihat ramai anak dara di pekarangan rumah bomoh terbabit setiap kali tiba malam Jumaat.

“Saya sudah lima kali berkunjung ke rumah bomoh terbabit untuk mencuba nasib menggunakan taktik itu. Memang ramai datang bawa anak dara. Jika datang lewat, kena tunggu sampai pagi,” katanya yang memberitahu, upacara dimulakan seawal jam 8 malam.

Bagi membuktikan dakwaannya, Abdul Majid membawa wartawan Metro Ahad ke rumah bomoh yang menggunakan taktik itu di sebuah kampung sekitar Lembah Klang.

Abdul Majid membawa bersama seorang rakan dan seorang anak dara bagi tujuan mendapatkan nombor ekor menggunakan taktik itu.

Kami tiba di rumah bomoh itu seawal jam 8 malam, tetapi sudah ada empat kumpulan tahi judi yang turut disertai beberapa anak dara menunggu giliran.

Ada kumpulan membawa seorang anak dara dan ada pula membawa dua.

Menurut Abdul Majid, jika membawa dua anak dara, tahi judi ada pilihan kerana bomoh mampu menjelmakan nombor ekor berbeza daripada dua anak dara itu.

“Lagi ramai anak dara, lagi banyak pilihan nombor ekor. Bagaimanapun syarat dikenakan tetap sama iaitu pengeras untuk setiap seorang RM15.55 dan membeli nombor ramalan dengan taruhan maksimum RM10,” katanya.

Apabila tiba giliran kami, bomoh berusia awal 50-an itu meminta setiap daripada kami menulis nama dan umur sebelum memberitahu, dia akan memberi nombor ekor enam digit dan empat digit.

Kemudian anak dara yang kami bawa diminta masuk ke sebuah bilik bersama bomoh terbabit dengan alasan mahu menjelmakan nombor di perutnya.

Dalam tempoh 10 minit, kami dipanggil dan bomoh itu menggosok abu kertas nama dan umur kami di atas perut dara terbabit sebelum muncul enam digit nombor ekor.

Selepas selesai mencatat nombor itu, kami diminta keluar untuk membolehkannya menjelmakan pula nombor empat digit.

Bagaimanapun, untuk nombor empat digit itu, bomoh terbabit memberitahu ia hak anak dara terbabit, tetapi kami boleh menebusnya jika mahu.

Harga untuk menebus nombor ekor itu perlu ditetapkan anak dara terbabit dan dia juga diwajibkan membeli nombor ekor yang keluar di perutnya jika mahu nombor dibeli kena pada tempat pertama.

Selepas 10 minit keluar daripada mengambil nombor ekor enam digit, kami sekali lagi dipanggil untuk mengambil nombor ekor empat digit pula.

Sekali lagi, taktik sama digunakan sebelum muncul nombor ekor empat digit untuk disalin.

Upacara selesai dan kami diminta membayar pengeras RM15.55 tiap seorang, termasuk anak dara terbabit.

Ketika ditanya bagaimana nombor ekor boleh muncul di perut anak dara it, bomoh itu berkata ia adalah kepakarannya.

“Ia membabitkan perantaraan saya dengan makhluk halus. Sebab itu boleh keluar nombor ekor di perut anak dara itu,” katanya.

Bomoh itu mensyaratkan nombor ekor enam digit hanya boleh dibeli dengan taruhan maksimum RM10, manakala untuk nombor ekor empat digit tiada had taruhan dikenakan.

Bomoh terbabit berkata, jika tiada aral melintang dia memberi jaminan kami akan mendapat pulangan lumayan.

Dalam perjalanan pulang, anak dara yang dibawa Abdul Majid memberitahu, dia diminta berbaring dan memejamkan mata sebaik masuk ke bilik bomoh terbabit.

Begitupun, dia mengakui tiada pelakuan terlampau dilakukan bomoh terbabit, sebaliknya hanya memberitahu perutnya disentuh beberapa kali.

Ditanya mengapa sanggup digunakan untuk kerja gila itu, anak dara terbabit memberitahu, Abdul Majid menjanjikan kekayaan.

“Abang Majid beritahu, jika nombor ekor keluar di perut saya, nombor ekor yang dibeli pasti mengena. Saya pun nak jadi orang kaya baru,” katanya.

Begitupun, impian Abdul Majid dan rakannya tidak menjadi kenyataan apabila nombor ekor yang dibeli langsung tidak mengena.

“Usah kata tempat pertama, kedua atau ketiga, saguhati pun langsung tak kena. Nombor yang diberi juga jauh berbeza dengan keputusan nombor ekor,” kata Abdul Majid ketika dihubungi dua hari selepas kunjungan ke rumah bomoh terbabit.

Bagaimanapun, Abdul Majid berkata, dia terus berusaha menemui bomoh nombor ekor lain untuk merealisasikan impiannya menjadi orang kaya baru.

“Saya ada mendengar bomoh ekor yang boleh menjelmakan nombor ekor di kemaluan wanita. Syaratnya perlu bawa janda anak satu. Saya kini mencari wanita yang sanggup melakukannya,” katanya.

27 Komen

  1. agus16 said,

    28 Julai 2008 pada 1:09 pm

    Gak penting banget.!

  2. mohd hilmy iskandar said,

    31 Julai 2008 pada 6:46 pm

    cantik

  3. PAKAR NOMBOR said,

    15 Ogos 2008 pada 12:22 pm

    PENGETAHUAN SAYA SEBAGAI KAKI NOMBOR.,SEMUA YANG DITERANGKAN NOMBOR DARI PERUT MEMANG “NONSENSE”.KALAU MACAM TU SAYA LAGI EXPERT SEBAB SAYA SELALU KENA NOMBOR DAN SAYA PUN BOLEH JADI BOMOH…ADA CARA DAN MATEMATIK UNTUK BELI NOMBOR…CUMA YOU ORANG TAK TAU SAJA…..SAYA BUKAN NAK CARI DUIT DARI YOU ORANG TAPI CUMA NAK WARNING YOU ORANG..,JANGAN TERPERANGKAP….TU SAJA..

    • zam369 said,

      23 Julai 2009 pada 7:51 pm

      klu blh saya nak lah cara pengiraan no ekor ni
      main lama dah x penah kena pun
      ni plk isteri nak bersalin
      duit xde……
      tlglah,,,,,,,

    • hutang mati said,

      2 Ogos 2009 pada 8:47 am

      hey! cana caranya mendapatkan nombor ah? tolong cari kan untuk aku.

    • Roslan said,

      5 Januari 2010 pada 3:42 pm

      Salam tuan,
      boleh saya dapat kan email tuan.
      timakasih

    • along said,

      10 Januari 2010 pada 10:04 pm

      blh thu mcm mane nak buat kira2 sbb sy slalu main tak kena bhs duit dah byk apa pun tak nampak hasil?

    • nizam said,

      3 Mei 2010 pada 7:47 pm

      tolong la pakar nombor

  4. PakciQue said,

    23 Oktober 2008 pada 11:39 am

    Macam2 cara yang pelik orang gunakan untuk menilik nombor..hmm…kadang2 memang lawak..kdg2 nampak xlogik…tapi..kalau dah tahi judi…semua mereka cuba..

    Dapatkan Teknik Meramal Nombor Ekor 4D Di Sini!!!

  5. The7 said,

    11 Februari 2009 pada 7:44 pm

    for me, walau pun saya baru saja menceburi bidang forecast number nih,,… tak perlu cari bomoh or g tilik kat mana2 atau pun apa sekali pun baik nombor mimpi dan sebaliknya kalau ada rezeki tu adalah..tapi yg penting matematik dan cara yg betul sbb saya slalu jugak kene nombor ekor nih…. wlu apapun jgn mudah percaya bomoh…sbb semua rekaan manusia mesti ada SISTEM huehue..tu yg membolehkan sy kene no ekor kah23…bg yg tak pnh mencuba jgn lah cuba………

  6. tok ki said,

    3 Ogos 2009 pada 7:36 pm

    salam semua.

    tiap kali draw saya kena nombor. kalau tak atas, kena bawah. sistem no ni bukan susah sanagt,knp nak jumpa bomoh itu kerja mengarut. 2 kali dosa pulak tu. Percayakan bomoh memutuskan akidah kita, main nombor pula hukum nya haram, tapi ambik duit cina harus..jadi terpulang andalah. kalo nak bantuan saya minggu2 boleh kena nombor, sms lah saya . saya tak kedekut bukan duit saya, duit cina yg kita ambik. lagi byk duit cina kita ambik lagi baik.

    • abdul sani said,

      26 Oktober 2009 pada 2:03 pm

      tolong bro bagi ajor main no..tq

      • anis said,

        23 Mac 2010 pada 12:54 pm

        bro bagi la petuanya, apa contact no.

    • Rumie said,

      10 April 2010 pada 12:56 am

      Ajar ler camner nak main nombor nie… Teringin gak nak cuba…

    • Yat said,

      26 April 2010 pada 11:51 am

      sekom…tolonglah ajar saya tilik no ni…tok ki bleh tolong sy x…sy memerlukan duit la…tolong lah saya ek…klau dapat bleh share huhuhu

    • shah said,

      6 Mei 2010 pada 4:27 pm

      sy pun nak jugak duit cina ni… asyik org cina je kaya…. bagi tau lah brother macam mana nak ambik duit cina ni??

  7. east said,

    25 Disember 2009 pada 8:43 pm

    sng la kira no ekor… lme main ekor tp xtau kira baek brenti je la maen ekor….

  8. jackpot winner said,

    6 Januari 2010 pada 9:07 pm

    saya dah melabur hampir rm 6 ribu,, tapi saya kena baru setakat rm 1 ribu selama 3 tahun…rasa rugi sangat..sekarang takak main dah…bagus kumpul duit utuk beli kereta mewah dan bayar hutang….hahah….ok bro….selamat bertaubat dan kembali ke jalan yang benar..

  9. jackpot winner said,

    6 Januari 2010 pada 9:08 pm

    saya dah melabur hampir rm 6 ribu,, tapi saya kena baru setakat rm 1 ribu selama 3 tahun…rasa rugi sangat..sekarang taknak main dah…bagus kumpul duit utuk beli kereta mewah dan bayar hutang….hahah….ok bro….selamat bertaubat dan kembali ke jalan yang benar..

  10. rizal30 said,

    9 Januari 2010 pada 3:15 am

    Bodoh punya melayu,]

    dah la berjudi, berdosa, percaya pada perkara kurafat lak tuh!!

    Percaya Kepada Perkara Syirik Ni Apa Hukum Dia???

    Pikir la sikit, beb…..

  11. hairi said,

    15 Februari 2010 pada 11:07 pm

    bomoh nombor xleh pakai….
    aku da ltih wt nombor…. nak mintak jasa BRO “TOK KI”….tolong ajar fomular kena nmbor…..tlong la bro…[no el;0178832425]email;[mrzorroheri@yahoo.com]

  12. consolation said,

    3 Mac 2010 pada 8:18 am

    Jangan la percaya kt bomoh…xde bomoh yg dapat meramal nombor…nk tau cmana nombor tu blh timbul kt perut dara? senang je… sapa2 pun blh buat…setakat sapu abu kertas semua orang tau cara tu. tonton lah break magician code di AXN

  13. khairul said,

    14 Mac 2010 pada 11:40 pm

    kerja gila bawak anak dara pi jumpa bomoh semata2 mahukan nombor ekor. hehehe

  14. anis said,

    23 Mac 2010 pada 12:52 pm

    bro camno nak kena draw.bagi formula…… bagi la conact no, email kat saya…..

  15. Yazid said,

    5 Mei 2010 pada 4:37 pm

    bagi kita yang Islam, hentikan lah amalan buruk dan keji yang akan mengheret kita ke neraka kelak. Hidup ini amat singkat dan sementara. Dalam surah Al Baqarah Allah amat melarang keras judi,telek nasib..dan seumpamanya.maaf la kalau tersinggung, sbb sayang sesama muslim lah saya bagi pandangan ini.

  16. kingkong buddy said,

    20 Mei 2010 pada 2:23 am

    em sume bomoh2 ny ngarut je..klu nk kene no try mntk ng org bute ..xcaye? Cbe2 la p’cye…hehehe

  17. Mat Koru said,

    20 Mei 2010 pada 8:16 pm

    Tok Ki: email gua, mkhaeruz@yahoo.com.my
    Mintak tlg bro, gua dh byak sgt hutang. Tiap2 bulan cukup2 makan sajer, kdg2 makan biskut.


Tinggalkan Jawapan kepada east Batal balasan