Pesta seks pelajar IPTA

HARIAN METRO – KUALA LUMPUR: Jawapan sinis mencari ‘syurga dunia’ diberikan sekumpulan 16 remaja belasan tahun yang diberkas selepas menyertai ‘pesta seks’ sepanjang malam hingga pagi beramai-ramai dalam sebuah pangsapuri di Kajang Utama, Sabtu lalu.

Lebih mengejutkan apabila serbuan di kediaman itu mendapati sepasang remaja sedang leka melakukan adegan seks dalam tandas, manakala satu pasangan lagi berasmara dalam bilik secara bergilir-gilir.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, 31, yang melakukan serbuan ke pangsapuri yang dijadikan markas aktiviti jijik berkenaan, sejurus mendapat maklumat penduduk setempat.

Menurutnya, dia menerima aduan penduduk yang menyedari aktiviti terbabit kerap dilakukan sekumpulan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berhampiran sebuah unit pangsapuri yang disewa untuk dijadikan asrama pelajar kolej berkenaan.

“Susulan maklumat itu, saya dan beberapa penduduk menyiasat dan menyerbu kediaman terbabit pada jam 11 pagi. Selepas yakin dengan lokasi dituju, kami mengetuk pintu rumah terbabit berulang kali sebelum ia dibuka beberapa remaja lelaki.

“Kami kemudian masuk dan menyiasat kediaman terbabit. Agak mengejutkan apabila kami mendapati beberapa botol minuman keras berada di ruang tamu kediaman itu dan mulut beberapa remaja lelaki serta dua perempuan yang berada di situ turut berbau arak,” katanya.

Menurutnya, beliau kemudian mengetuk pintu tandas rumah berkenaan dan sekali lagi gempar apabila mendapati sepasang kekasih dalam keadaan separuh bogel dipercayai sedang melakukan hubungan seks di dalamnya.

“Sebaik disoal siasat, gadis yang ditahan dalam tandas itu mengaku baru berusia 13 tahun manakala pasangannya seorang penuntut IPTA berusia 20 tahun.

“Ditanya mengapa mereka melakukan hubungan seks dalam tandas, pasangan terbabit memberi alasan bimbang perbuatan mereka diintai rakan lain yang turut berada dalam rumah,” katanya yang pernah terbabit dalam ratusan operasi cegah maksiat di sekitar Kajang dan Bangi sebelum ini.

Ahmadi berkata, pemeriksaan kemudian mendapati satu lagi pasangan berkurung dalam bilik tanpa menyedari rumah berkenaan diserbu penduduk.

“Ketika diterjah masuk, gadis berusia 16 tahun dan masih bersekolah berada di atas katil bersama pasangannya yang berusia 20 tahun. Mereka kemudian dikumpulkan di ruang tamu rumah terbabit sebelum disoal siasat.

“Hasil pemeriksaan mendapati empat gadis yang ditahan berusia 13, 16, 18 dan 19 tahun. Semua mereka mengaku masih bersekolah dan menetap di sekitar daerah Kajang,” katanya.

Menurutnya, semua 12 lelaki yang diberkas itu berusia 19 dan 20 tahun serta masih menuntut di peringkat diploma di kolej berkenaan.

“Ketika ditanya mengapa mereka melakukan perbuatan terkutuk itu beramai-ramai, remaja terbabit secara selamba dan sinis menjawab mahu menikmati syurga dunia.

“Kami menghantar semua remaja perempuan terbabit pulang ke rumah keluarga masing-masing selepas diberi kaunseling. Tindakan menghantar mereka pulang ke rumah dilakukan bagi memastikan ibu bapa pelajar terbabit mengetahui aktiviti sulit yang dilakukan anak masing-masing,” katanya.

Katanya, ada antara ibu bapa yang ditemui terkejut sebaik diberitahu anak gadis mereka terbabit dengan gejala seks bebas bersama teman lelaki.

“Namun, saya cuba menasihati mereka supaya lebih memberi perhatian dan bimbingan agama kepada anak bagi memastikan kegiatan dosa besar itu dihentikan.

“Bagaimanapun, seorang daripada gadis ditahan yang berusia 18 tahun gagal membawa kami menemui ibunya berikutan ibu gadis terbabit didakwa sedang bekerja dan masih tidak pulang dari tempat kerja,” katanya.

Ahmadi yang juga kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak dan Akidah (Rumah Iman) Bukit Beruntung, Selangor berkata, selepas disoal siasat dan diasak dengan soalan bertubi-tubi untuk memastikan kebenaran dakwaan gadis terbabit, akhirnya rahsia pekerjaan sebenar ibunya terbongkar.

“Kami terkejut apabila gadis terbabit memberitahu ibunya pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam di Puchong dan hasil pemeriksaan melalui telefon bimbitnya, kami turut menjumpai beberapa keping gambar wanita berpakaian seksi persis gadis terbabit.

“Apabila diasak, dia dengan selamba menjawab itulah gambar ibunya yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.

Menurutnya, gadis terbabit turut mengakui ibunya sering membawa balik teman lelaki ke rumah untuk melakukan hubungan seks dan perbuatan keji itu dilakukan bukan hanya dengan seorang lelaki, malah bertukar pasangan pada setiap masa.

“Kami hanya mampu mengucap panjang mendengar kata-kata gadis itu,” katanya.

Katanya, gadis terbabit memberitahu ibu bapanya sudah lama bercerai dan mendakwa ibunya melakukan pekerjaan itu kerana tidak mampu melakukan kerja lain selain mengakui mudah untuk mencari duit dengan bekerja sebagai GRO.

Menurutnya, akibat terlalu buntu memikirkan ke mana hendak membawa gadis itu, akhirnya mereka mengambil keputusan menghantarnya ke rumah seorang rakannya yang turut ditahan dalam serbuan itu dan memberi nasihat supaya bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan keji itu.

“Selain itu, kami membuat aduan kepada pihak pentadbiran kolej sebelum 12 pelajar lelaki berkenaan dikenakan tindakan dibuang asrama berikutan perbuatan keji mereka di asrama,” katanya.

15 Respons

  1. buang asrama je? ish3.

  2. apa nak jadilah dengan remaja kita sekarang,,,,
    sedih bila tahu anak bangsa kita x tahu erti kehidupan sebenar mereka di dunia….geram bercampur marah….
    insaflah….

  3. aku rasa kalu hukuman di malaysia diperketatkan cam zaman islam dulu,gerenti gejala cam ni takkan berlaku.Misalnya direjam hingga mati bagi pesalah zina.

  4. Kalau aku la, sepak masuk longkang je mangkuk2 hayun tu. Buat malu orang Melayu je. Ingat dah habis Barat la tu buat pesta seks??

  5. hahahah….baru 16 tahun…!!!!dah cari surga….bahaya anak-anak ni.Aku rasa ini salah mak-bapa,sebab tak ajar anak lebih sikit.Kalau cikgu yang ajar lebih sikit nanti mak-bapa repot pada kementerian dan polis lagi susah cikgu dan cikgi…….hahhahahha…sian anak-anak kita yang sudah nak cari syurga.Di dunia ni mana ada syuga….hahhahahah

  6. xperlu lah mncari syurga dunia……….

    karna ia trletak disisi Allah Azza wa jalla………..

    everything happen for the reason………..

    sme2 kte insaf…………….

  7. kalau aku terajang jer sepam dua….

  8. ekeleh korang ni kolot la..
    biar la diorang nk buat pe pon…bukn nye dia kacau korang
    lgpon zaman da maju ape…

  9. Leman..leman…zaman memang makin maju, tapi bumi n umur kita makin tua…bertaubat r..hidup nie pinjaman sahaja. kat akhirat juga yang abadi..

  10. jadikan akhirat sebagai maksud hidup kita..kalo kita menjadikan akhirat sbgi maksud hidup,insyaAllah..dunia pun akan tunduk pada kita..itu janji Allah pada hambanya..dunia hanya bangkai semata-mata..sekarang kita nk ckp apa pun senng..tpi bila kita dah ada di akhirat dan dihisab,masa itu penyesaln akn muncul,tpi kita tidak boleh ulang semula..jadi,crilah keredhaan Allah dimuka bumi ini sebgi persiapan untuk ke akhirat..aku ingin brda di syurga bersama-sama Rasulullah!!!!!!!!!!!!!!!

  11. oits korunk !!!!

    jazakallah laa manyak !!!!!

    asal uwat mende bozo nieyh ta de keje kewp ????

    cube laa mlm2 t0o g bce al-quran….

    kan sdap law org laen dgr..

    ape laa korunk nieyh…

    kenekan jdk…

    JABATAN DISIPLIN KOLEJ…

    hehe…

  12. Selagi umat Islam tak sambung kerja Nabi s.a.w, yakni dakwah kpd kebaikan dan cegah kemungkaran, selagi itulah masyarakat Islam rosak. Ilmu byk x guna klau x amal. Dakwah kena jumpa org, bukan duduk dlm bilik tunggu org datang mintak petunjuk. Tak guna jadi ustaz, ulama, klau x ajak umat utk fikir agama. Fikir iman. Dakwah x perlu tunggu jadi ustaz, profesor syariah, atau apa2. Ada hakikat syahadah, maka wajib dakwah. Dakwah ibu segala amal. Wahai org2 yg menyangka kalian berilmu, ilmu kalian adalah racun sebenarnya, jika kalian tidak mengajak kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran. Marilah kita sama2 keluar ke jalan Allah s.w.t. Buat pengorbanan pd agama Islam. InsyaAllah,…azam..

  13. Kpd Leman. Mungkin anda merupakan anak luar nikah. Seks bebas pd saudara adalah biasa. Mungkin tiap2 hari ahli keluarga anda minum arak mcm minum sirap. Lepas tu buat sumbang mahram. Bapa kalian pun mungkin anda tak tahu berapa org. Mungkin hasil perkongsian dgn beberapa lelaki. Sbb itu anda bangga. Bangga dgn kemungkaran spt yg saudara katakan di atas. Sya pasti saudara bkn beragama Islam. Jika tidak, masakan anda sanggup berkata demikian. Anda kufur pd pandangan pembaca2. Namun, di sisi Allah s.w.t, Dia lebih mengetahui segala2. Justeru, sya mengalu2kan saudara memeluk Islam (Tasykil). Sesungguhnya Islam itu sangat indah.

  14. saya rasa perlu dibezakan antara pelajar ipta dan ipts. yang buat kerja bodoh ni pelajar ipts. kenapa pelajar ipta yang dapat nama? semua yang komen jangan jadi bodoh juga. saya tahu keadaan sebenar.

  15. haiyya………..
    tala usah manyak fitnah………
    kita usaha………..
    doa……….
    tawakal……
    Allah yang tentukan………

Tinggalkan jawapan