Minyak naik RM476.56 setong

KOSMO! – Harga minyak mentah di London, Britain buat pertama kalinya mencecah paras AS$146 (RM476.56) setong semalam selepas para pelabur bertindak balas berikutan ketegangan di Timur Tengah, kejatuhan simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan kelemahan mata wang dolar AS.

Minyak Brent North Sea untuk penghantaran Ogos melonjak ke paras paling tinggi dalam sejarah iaitu AS$146.34 (RM477.72) setong.

Kontrak minyak utama di New York, AS iaitu, light sweet untuk penghantaran Ogos pula buat pertama kalinya melepasi paras AS$145 (RM473.34) untuk didagangkan pada AS$145.43 (RM474.75) setong.

Tinggalkan jawapan