SUMBANG MAHRAM : ‘Abang selalu tindih’

HARIAN METRO (Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Abdullah Wahab) – Selepas aduan mengenai kesakitan dialami pada kemaluan tidak diendahkan ibunya, seorang murid tadika memberitahu gurunya mengenai tindakan abang kandungnya yang kerap ‘menindihnya’.

Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu dikatakan menjadi tempat pemuas nafsu abang kandungnya sendiri berusia 16 tahun sejak Disember tahun lalu.

Bagaimanapun mangsa terpaksa merahsiakan kejadian itu daripada pengetahun keluarga selepas diugut abangnya.

Mangsa yang tidak tahan selepas mengalami kesakitan teramat sangat pada kemaluannya kemudian menceritakan perkara itu kepada guru tadikanya, baru-baru ini sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu dan penjaganya.

Guru tadika berkenaan kemudian membuat laporan polis berikutan bimbang mangsa akan terus diperkosa.

Difahamkan, mangsa tinggal sebilik bersama dua abangnya, masing-masing berusia 8 dan 16 tahun di rumah mereka di Setapak, di sini.

Berikutan laporan dibuat guru berkenaan, remaja terbabit yang juga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Setapak, ditahan 16 Mei lalu dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Sementara itu, penjaga kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Chai mendakwa, mangsa dijaganya selepas ibu bapanya berpisah.

“Pada mulanya, sukar untuk saya dan keluarga terima hakikat mengenai perkara ini. Ia sesuatu yang tak dapat diterima akal.

“Malah kejadian ini hanya diberitahu kepada saya oleh guru tadika mengenai kelakuan buruk abangnya. Lebih mengejutkan perkara ini berlaku agak lama,” katanya yang membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.

Chai berkata, lebih memilukan, remaja terbabit turut mengaku menjadikan adiknya sebagai pemuas nafsu dan kejadian itu berlaku pada sebelah malam.

Menurutnya, mangsa kerap diperkosa ketika dia dan ibu mangsa keluar bekerja.

“Kami menyesal kerana membiarkan mereka adik-beradik lelaki dan perempuan tidur sebilik dan ia satu daripada sebab berlaku kejadian sumbang ini.

“Kejadian ini betul-betul mengejutkan keluarga kerana sebelum ini kami tak syak apa-apa, malah mangsa berkelakuan seperti biasa,” katanya yang berkawan baik dengan ibu mangsa.

Katanya, tujuan dia membuat aduan itu bagi mendapatkan nasihat mengenai masa depan adik-beradik terbabit.

Sementara itu, Ketua biro berkenaan, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya akan membantu keluarga berkenaan dari segi nasihat perundangan dan sokongan moral.

“Saya menasihatkan semua keluarga supaya mengasingkan bilik anak lelaki dan perempuan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Keadaan sekarang tidak sama seperti dulu kerana pemikiran remaja sekarang lebih terdedah kepada unsur negatif yang disebarkan melalui media terutama Internet yang sukar dikawal ibu bapa,” katanya.

Kejadian itu ternyata mengejutkan selepas Harian Metro semalam mendedahkan perlakuan seorang pemandu teksi durjana yang sanggup merogol dua anaknya sendiri, masing-masing berusia 12 dan 14 tahun.

Kejadian yang berlaku di Petaling Jaya itu menyebabkan kedua-dua beradik terbabit trauma.

Selepas sekian lama menanggung sengsara menjadi hamba seks bapa kandung sendiri kedua-dua beradik berkenaan nekad menceritakan kejadian itu kepada ibu mereka sebelum lelaki durjana itu diberkas polis.

Dalam kejadian haruan makan anak itu, kedua-dua beradik berkenaan mendakwa dirogol dan dicabul kehormatan oleh bapa ketika ketiadaan ibu di rumah.

About these ads

20 Komen

  1. surfinside berkata,

    1 Jun 2008 pada 7:53 pm

    ape nak jadi dengan warga malaysia sekarang…
    ingat la akhirat..

  2. Miss Emerald berkata,

    16 Julai 2008 pada 11:15 pm

    salam saya sahabat dari johor.Sebenarnya memg suda bnyk berlaku kes2 seperti ini,malah makin menjadi2.Seandainya di negara kita ada hkum hakam islam yang ketat sprti hukum hudud perkara ini tidak akan terjadi kerana takut hukuman yang di aturkan.Yang paling utama sebagai ketua islam iaituketu nagara perlulah menjadi contoh,ni ketua pun melakukan perkara sumbang mahram.akhir kalam dunia semakin kiamat,so bawa2lah bertaubat dan ingat khaliq yang maha kuasa

    Mujahidin : Saya sangat setuju dgn pdpt miss Emerald. Hukum Islam perlu ditegakkan di negara ini. Berdoalah byk semoga Allah jadikan negara ini negara Islam yang sebenarnya berlandaskan al-Quran dan sunnah. Terima kasih di atas pandangan anda.

    • hakimi berkata,

      16 Julai 2009 pada 4:31 pm

      betul,betul,betul!!saye pun setuju.mudah-mudahan kata mujahidin tuu jadi realiti di negara nii.Amin!!!

    • aku PAS berkata,

      4 Ogos 2009 pada 5:56 am

      Hudud ! Hudud! Hudud! Hudud! Hudud! Allah huakbar!!

  3. Salmin Jais berkata,

    24 September 2008 pada 2:13 pm

    Perkara seperti ini, jika berlaku pada umat Islam ianya mesti diadili secara hukum syarak (Hudud), sumbang mahram boleh menjadi umpama kanser dalam masyarakat jika ianya tidak diambil satu ketegasan didalam membasmikannya.

    Jika berlaku pada yang bukan Islam, memandangkan mereka juga rakyat Malaysia. Bagi pendakwa, mangsa atau keluarga,mereka dibebaskan memilih mengikut hukum mana yang mereka mahu, sivil atau Syariah.

  4. amal makruh nahi mugkar berkata,

    16 Januari 2009 pada 3:45 pm

    kalau aku fitri aku nak sepak jer abg dia tu,abg dia tu bengap,banggang,manggul dan kembang semangkuk

    • shahira idris berkata,

      28 Oktober 2009 pada 11:45 am

      kalau aku pulak,aku keret anu die pas2 bagi boyo makan. tak pon dengan die-die skali aku bagi boyo makan…………

  5. Hati Seorang Ibu berkata,

    10 Mac 2009 pada 9:40 am

    Salam, saya sebagai seorang ibu menyokong penuh pelaksaan hudud agar subang mahram ini dapat dibasmi. Anak saya juga pernah jd mangsa cabul bapanya. Mujur dia menceritakan pada saya dan terselamat dari menjadi mangsa. Para ibu dengarlah sama luahan hati anak-anak. Jgn pandang remeh.

    • aku PAS berkata,

      4 Ogos 2009 pada 5:57 am

      Hudud? setuju 100%!!

  6. xyah tawu laa berkata,

    28 April 2009 pada 9:05 am

    ishk !!
    law ikowt kan aty aq…
    aq nk sepak jewp mamat t0o….
    cuke aty dye jewp….
    bangang n bahl0l tol laa….

  7. sodu berkata,

    29 April 2009 pada 10:08 am

    sebahagian gejala negatif impak dari kesekularan, keterbukaan multimedia, kemodenan tanpa batasan, era Makhadih.

  8. sodu berkata,

    29 April 2009 pada 10:12 am

    Hudud sebenarnya BUKAN ‘siapa curi terus potong tangan” kenapa orang ISLAM sendiri yg memomok-momokakn orang non muslim mengenainya. Hudud adalah Hukum yang PALING ADIL!!!! kalau ada org ISLAM yang berani kata ia patut dikaji semula kerana dah tak relevan ….( apatah lagi kalau dia kata TAK ADIL)…. taubatlah….
    Aku sokong 100%

    • aku PAS berkata,

      4 Ogos 2009 pada 5:59 am

      BETUL tu!!! aku setuju dan sokong kata2 awak!!! 100%!!!

  9. sodu berkata,

    29 April 2009 pada 10:20 am

    Hudud menjaga kepentingan SEMUA…. aku bukan PAS, bukan PKR, bukan MCA, MIC atau sewaktu dengannya…. tapi… malaysian generasi baru yang meyampah tengok orang politik yg asyik bertekak konon-kononya Rakyat Didahului, berkhidmat utk rakyat… phiiiiiiraaaaahhh!!!! yg aku tahu… bila kauorg dah jadi YB… kereta tukar(ops bukan..TAMBAH) lampu belalang… gi mampus dgn rakyat janji aku kaya… pasal apa aku cakap mcm nii…. kalau tak… masa kan masih ada org miskin yg merempat…. tak berumah, rumah herot tiang bertopang… kau punya rumah, bukan satu. tapi 10… siap boleh beli kat US, Hong Kong, Tauwan, INDIA…. kau bukan Melayu… tapi meLAYUkan bangsa kau sendiri…

  10. amie berkata,

    7 Mei 2009 pada 1:35 am

    sebenarnya senang je nak kurangkan maksiat.kita orang Islam & tinggal di negara islam, jd………..ikutlah undang undang Islam,InsyaAllah hidup berkat di dunia & akhirat.

  11. hakimi berkata,

    16 Julai 2009 pada 4:27 pm

    masyaallah!!ape nak jadi orang-orang gila seks nii,sampai anak sendiri pun nak perkosa……..eish…eish…eish…!!!INGAT ALLAH!

  12. nuno berkata,

    4 Ogos 2009 pada 6:03 pm

    sebab 2 la islam menyuruh kita memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan……………..
    ikut nasihat islam kan tenteram idup…..
    bukankah indah islam tersebut?????/
    indah kan?????
    kan????
    syahadat dan masuk islam

  13. zakaria berkata,

    10 Mei 2010 pada 4:22 pm

    apa pun hudud bukan zalim tapi pembela kepada semua , tapi yang jumut dan cetek akal itulah yang zalim maka perbanyakkanlah wahai pemimpin islam mentelaah kitab2 jenayat dan al-quran dan as-sunah…wallhuaklam.

  14. zakaria berkata,

    10 Mei 2010 pada 4:26 pm

    apa yang pasti , apabila malaysia diistiharkan sebagai negara islam maka hukuman dari al-quran adalah lebih utama dari hukuman sekular barat…


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: