Laman web minah urut

Info Dipetik : Salman Hamat Harian Metro 20 Mei 2008

KUALA LUMPUR: Dengan bayaran antara RM129 hingga RM299 mengikut pakej tertentu, sebilangan gadis tempatan yang digelar ‘minah urut siber’ boleh ditempah melalui laman web.

Siasatan Harian Metro mendapati pelanggan yang kebanyakannya rakyat asing menempah dulu gadis urut terbabit sebelum datang ke negara ini sama ada untuk urusan perniagaan atau melancong.

Gadis terbabit akan menemui pelanggan untuk memberikan khidmat urut di lokasi ditetapkan, biasanya di hotel hingga kediaman peribadi pelanggan seperti dipersetujui kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral memperdagangkan wanita tempatan sebagai tukang urut itu amat menyedihkan berikutan sebilangan besar mereka turut dikesan menyediakan khidmat seks.

‘Minah Urut Siber’ terbabit dikatakan memperoleh pendapatan lumayan hingga mencecah ribuan ringgit sebulan kerana sering mendapat tempahan pelancong asing, terutama dari Eropah, Australia dan Amerika syarikat.

Menurut sumber, kebiasaannya perkhidmatan sampingan itu akan diberikan atas permintaan pelanggan.

Katanya, pelancong asing boleh membuat tempahan awal melalui Internet sebelum datang ke negara ini meskipun masih berada ribuan batu jauh di negara asal.

Selepas membuat tempahan itu, mereka melunaskan bayaran perkhidmatan yang dipilih menerusi akaun yang diberikan dalang perkhidmatan haram itu.

Bayaran itu boleh dibuat dengan menggunakan mata wang masing-masing.

Bagi pelanggan yang inginkan ‘minah urut siber’ di kalangan wanita Asia, laman web terbabit turut menawarkan gadis Thailand dan Filipina yang terkenal dengan sifat manja ketika melayan pelanggan.

Perkhidmatan itu juga disediakan kepada warga tempatan dengan membuat tempahan telefon dengan pelanggan bebas menentukan tempat pertemuan.

Kebiasaannya pelanggan dikehendaki membuat tempahan tiga jam lebih awal dengan memberikan butiran seperti alamat lokasi atau nombor bilik hotel untuk menikmati urutan manja ‘Minah Urut Siber.’

Antara tempat tumpuan perkhidmatannya di Lembah Klang ialah Bukit Bintang, Shah Alam, Gombak, Sri Hartamas, Bangsar, Sunway, Subang dan Cheras.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai perkhidmatan ditawarkan itu, wartawan Harian Metro menyamar sebagai pelanggan ketika menghubungi taliannya.

Berikut perbualan selama lima minit antara wartawan Harian Metro dan orang tengah yang dikenali sebagai Alya.

WARTAWAN: Hello ini Alya ke?

ALYA: Ye, boleh saya tahu siapa dekat sana.

WARTAWAN: Ahmad, nak tanya pasal servis yang awak sediakan, saya ada terbaca dekat lawan web pasal servis itu.

ALYA: Tak jadi masalah, kami ada macam-macam servis urut tradisional, spa dan kita ada jual produk kesihatan sekali. Kalau U nak kita ada sediakan penghantaran ke tempat U.

WARTAWAN: Tapi kalau saya nak pergi kat tempat U boleh tak…saja nak kenal tempat.

ALYA: Boleh, bila nak datang? Nanti I sediakan tukang urut yang paling baik untuk U.

WARTAWAN: Nak tanya sikit kalau saya nak ekstra…U ada sediakan tak, tak best la kalau tak ada ekstra macam tak sempurna.

ALYA: Kalau pasal tu kena pandai-pandai la bincang dengan tukang urut tu.

WARTAWAN: Okey kalau macam tu kita jumpa dekat sana nanti. Boleh bagi alamat, nanti sampai saya call U.

ALYA: Dekat Damansara.

Selepas dimaklumkan alamatnya, wartawan Harian Metro meninjau tempat terbabit dan mendapati ia tiada papan iklan perniagaan. Di dalamnya pula ada dua gadis tempatan sedang menunggu pelanggan.

1 Komen

  1. 28 Julai 2009 pada 11:07 am

    zaman sekarang semua nya duit


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: