KUALA LUMPUR – Guru siswazah dari kumpulan gred DG44 kini berada dalam keadaan keliru dengan salah satu insentif yang telah diumumkan kerajaan kelmarin.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, Anuar Ibrahim berkata, ia membabitkan insentif guru bukan siswazah gred DGA29 apabila melanjutkan pelajaran dan menjadi guru siswazah akan dinaikkan kepada gred DG44 berbanding DG41 sebelum ini.
“Rata-rata guru yang menghubungi saya tidak berpuas hati dan keliru insentif terbaru berkenaan.
“Mereka mendakwa peluang kenaikan itu agak mendadak sedangkan kenaikan ke DG44 memerlukan pengalaman yang agak lama dalam bidang perguruan di negara ini,” katanya.
Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan enam insentif baru bagi memperkasakan dan memartabatkan profesion perguruan di negara ini.
Menurut Anuar, sebelum ini seseorang guru bukan siswazah memerlukan tidak kurang 10 tahun sebelum layak dinaikkan ke DG44.
“Sehingga hari ini (semalam) saya telah terima berpuluh-puluh panggilan daripada guru-guru gred DG44 yang menyatakan rasa tidak puas hati.
“Untuk itu, saya tak mahu mengulas panjang dan hanya akan menunggu keputusan rasmi melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) saja,” katanya ketika dihubungi semalam.
Difailkan dalam: Artikel, Isu Pendidikan, Isu Semasa, Perdana Menteri




























TTTerlalu kerap guru mengeluh. pada saya cukuplah dan biasakan dengan bersyukur. terutama guru gred 29 yg sambung belajar dan dilantik ke gred dg41.
kementerian dah beri kekananan 3 tahun dikira satu tahun untuk kenaikan pangkat selain dpt satu tangga kenaikan gaji.
yang dah di gred 44 tak lah perlu lagi nak mengira tahun masa dg29 dulu untuk ke dg48. ingat sekarang di zon naik pangkat bukannya zon lantikan. (angka genap kenaikan pangkat spt 44,48,52 kalau ganjil zon lantikan spt, 41,45)
anggap saja anda bernasib baik. contoh kepada guru yg bermodal spm gred 2 atau 3 masuk maktab then jadi guru then dpt pula sambung belajar sekadar program pensiswazahan guru atau PJJ. Tak perlu lah nak short cut dalam kenaikan gred. Bermaksud anda bukan cream group. Dan ada guru DG29 sekadar pengalaman di sekolah rendah dan bila ke Gred 41 dipindah ke sekolah menengah….mana sesuai pengalaman tersebut hendak diterjemahkan dalam kekanan perkhidmatan.
Bagilah peluang kepada graduate muda yg cemerlang spm, sepenuh masa di universiti baik di dalam atau luar negara selepas 6 tahun pengalaman terus diserap ke DG44. baru betul.
Begitu juga guru form 6. Tak kisah kumpulan ini dinaikkan gred tetapi biarlah disyaratkan…
i. 16 waktu mengajar form 6
ii. 3 tahun pengalaman form 6
iii. paling penting mempunyai ijazah master dalam subjek berkaitan…misalnya guru ekonomi perlu ada master dalam ekonomi bukannya sekadar master pengurusan pendidikan.
Inilah juga syarat di IPG/maktab kerana ia mensyaratkan ijazah lanjutan baru ada kenaikan gred.
renungkan….dan terima kasih KPM
boi/komC/ukm90
Sombongnya guru muda. U tau tak nilai gred LCE, MCE, dan HSC dulu. Sekarang dapat markah 38 pun dalh lulus. Kami dulu paling kurang 50. Kalau 49 dah gagal. Kononnya ada yang bermegah dengan kursus di Universiti TESL lah konon, datang kat sekolah cakap dalam Bahasa Inggeris pun lintang pukang. Inikah yang awak bangga sangat. Dulu kami susah nak dapat pinjaman dan saingan ke Universiti pun sengit, bukan macam sekarang, markah tak cukuppun ditawarkan juga. Janganlah sombong. kena hormatlah sikit dengan orang veteran.
Saya sokong ada master berkaitan barulah jadi guru Ting. 6. Syarat ini perlu dipakai untuk perlantikan fasa 2. Perlu ada suatu unit untuk mencari guru Ting. 6 yang sesuai bagi fasa 2. Jangan biar Pengetua buat pemilihan fasa 2. Pengetua cari kroni sahaja. PK Ting. 6 adalah DG48 kerana guru T6 mula dengan DG44. PK Pentadbiran, koko, HEM biarlah DG44 kerana guru T1-T5 mula dengan DG41.
berita ini bukti laman pro-PR adalah PEMBOHONG semata-mata… TAUBATLAH… allahuakbar!