Pengakuan PANAS!!! Gadis 16 Tahun Layan 7 lelaki sehari

Info DipetikRudy Syareme Sheriffudin Harian Metro 13 Mei 2008

GEORGETOWN: “Saya mampu melayan antara enam hingga tujuh pelanggan dalam sehari dengan caj RM170 bagi satu perkhidmatan seks,” dakwa seorang remaja berusia 16 tahun yang mengaku bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Gadis bawah umur berasal dari Kedah itu membuat pengakuan berkenaan ketika ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Chain Ferry, Butterworth, awal pagi semalam.

Pengakuan berani gadis berkenaan mengejutkan sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) yang mengadakan operasi mencegah maksiat.

Operasi ‘Ops Gedik’ bermula jam 11 malam dan berakhir kira-kira jam 4 pagi itu membabitkan sepasukan 12 pegawai penguat kuasa agama diketuai Ketua Unit Penguat Kuasa Jaipp, Faizal Ibrahim.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa dan Pendakwaan Jaipp, Jaafar Ismail, berkata dalam pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi itu, empat wanita berusia antara 20-an hingga 30-an ditahan termasuk remaja berusia 16 tahun itu.

Katanya, gadis berkenaan dilihat berada atas sofa dalam keadaan berpakaian seksi dalam pusat hiburan itu dan mengaku bekerja sebagai GRO di pusat hiburan itu.

“Hasil soal siasat, remaja itu mengaku sudah bekerja sebagai GRO sejak lebih sebulan lalu dan turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan bayaran tertentu.

“Remaja itu turut mengaku memberikan perkhidmatan seks dengan caj RM170 bagi satu sesi dan perkhidmatan dilakukan dalam bilik khas (bilik VIP) di pusat hiburan berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Jaafar berkata, remaja itu turut membuat pengakuan mampu melayan sehingga tujuh pelanggan sehari dan jika dihitung, dia akan meraih pendapatan sehingga RM1,200 sehari atau hampir RM20,000 sebulan.

Katanya, kemampuan untuk hidup mewah dalam sekelip mata mampu menarik perhatian ramai remaja dan wanita bekerja sebagai GRO biarpun berdepan dengan risiko ditahan Jaipp.

“Ketaksuban untuk hidup mewah tanpa mengira dosa pahala membuatkan mereka sanggup menggadai diri demi wang dan menjadi bahan pemuas hawa nafsu lelaki hidung belang,” katanya.

Jaafar berkata, dalam pemeriksaan itu, gadis bawah umur berkenaan turut memberitahu baru selesai melayan seorang pelanggan dan mengaku pernah menjadi mangsa rogol beramai-ramai, sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan tiga wanita termasuk seorang daripadanya mengandung tujuh bulan yang menyorok di bawah meja bagi mengelak dicekup pegawai penguat kuasa Jaipp.

Katanya, dua lagi wanita termasuk seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana didapati bersembunyi dalam stor yang dipenuhi dengan botol minuman keras.

“Pihak Jaipp turut memeriksa tiga bilik VIP yang dipercayai digunakan GRO di pusat hiburan itu untuk melakukan hubungan seks bersama pelanggan,” katanya.

Jaafar berkata, dalam pemeriksaan terdahulu kira-kira jam 11.30 malam, Jaipp menahan tiga wanita berusia antara 19 hingga 22 tahun yang berpakaian seksi sedang melayan tiga lelaki bukan Islam sambil minum minuman keras.

Semua mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan bagi tindakan lanjut.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 kerana mengalakkkan maksiat dan sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

10 Komen

  1. JA berkata,

    17 Julai 2008 pada 5:57 pm

    JANGAN KAIT KAN ISU AGAMA SEMASA MENULIS BERITA, INI BOLEH MENYEBABKAN PERANG AGAMA

  2. sekeh sekali berkata,

    27 Mac 2009 pada 9:58 am

    ..apelah nk jd generasi skrg ni..sdh semakin serius keruntuhan moral d kalangan remaja kita kebelakangan ni..d manakah silapnya.adakah d sbbkan salah didikan dr ibubapa atau ketiadaan mase dr ibubapa utk memantau perkembangan anak2 mereka…d hrp pihal berkuasa akan lbh tegas menangani masalah yg semakin kronik ni..ape akan jd pd generasi akan dtg jika masalah ni tdk d atasi kelak!!!!…

  3. amir berkata,

    5 Jun 2009 pada 1:44 am

    kesimpulanya,terabai didikan agama adalah antara penyebabnya..

  4. amir berkata,

    5 Jun 2009 pada 1:45 am

    kesimpulanya,terabai didikan agama antara penyebabnya…

  5. syah berkata,

    9 Julai 2009 pada 7:41 pm

    OK LER TU..
    JNJI DIE BAHAGIA…
    LAW BLEH AKU PUN NAK JOIN SKALI..
    HAHAHAHAHAHA

  6. Simon J.Munang berkata,

    14 Ogos 2009 pada 2:23 pm

    punca utama kekurangan didikan serta monitor ibubapa dan pendidikan moral.

  7. perempuan berkata,

    9 Januari 2010 pada 1:36 am

    dah nama nyer budak2..kita pon waktu2 camtu otak kan nyer betul..tp naseb baek mak ayah aku control..rasa tension waktu tu..tp sekarang aku bersyukur..

  8. 20 April 2010 pada 3:54 pm

    ya,,,,smoga Allah membukakan pintu hidayah buatmu. karena seorang wanita tidak akan berharga jika dirinya sendiri tak merhargai dirinya sendiri. dan seorang wanita bukan untuk menjadi pelampiasan nafsu syahwat para lelaki sesaat. namun wanita adalah seorang perempuan yang mesti di hormati, dihargai, dan paling tinggi derajatnya. karena Allah pun menganjurkan menghormati perempuan sampai 3x baru ayah.
    hargailah diri kamu sendiri. dan manusia tidak ada yang luput dari dosa

  9. uam pablo berkata,

    21 April 2010 pada 9:11 pm

    kasihan betul tu anak,mdh2 tak terjadi lg yg seperti itu….

  10. rayner berkata,

    28 Mei 2010 pada 11:07 am

    kalau nk free bleh ke……


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: