Info Dipetik : Iskandar Shah Mohamed Harian Metro 13 Mei 2008
KUALA LUMPUR: Jijik dan memalukan! Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan tindakan seorang pengawal keselamatan yang sanggup melakukan hubungan seks bersama teman wanitanya pada waktu bekerja sebelum merakam klip video aksi berahi mereka untuk dijadikan bahan tontonan seks kepada umum.
Sebelum ini, penyebaran rakaman aksi lucah melalui Internet dan telefon bimbit membabitkan Mat Rempit, gadis Melayu serta pelajar sekolah sudah sinonim dengan penggemar klip video seks dan turut dianggap ‘basi’ oleh masyarakat sekeliling.
Terbaru, wujud klip video yang tersebar luas di seluruh negara iaitu memaparkan seorang pengawal keselamatan lengkap beruniform bersama gadis bertudung melakukan perbuatan terkutuk dipercayai dilakukan dalam sebuah bangunan kosong di tempat kerja lelaki berkenaan.
Difahamkan, klip video berjudul ‘Skandal Pak Guard’ itu sedang hangat diperkatakan di kalangan ‘pengumpul’ bahan lucah yang menganggapnya sebagai bahan melampiaskan nafsu seks mereka.
Namun, rata-rata mereka berpendapat perkara itu dianggap memalukan kerana pengawal keselamatan terbabit seharusnya menjalankan tugas dengan baik serta menunjukkan teladan baik kepada masyarakat dan bukan sebaliknya.
Rakaman hampir lima minit itu menunjukkan pasangan terbabit melakukan aksi ‘ringan-ringan’ seperti berciuman sambil berpelukan dengan penuh ghairah di atas lantai yang beralaskan kotak kosong.
Selepas beberapa minit memadu asmara, pengawal keselamatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai berbogel sambil merakam klip video dan menunjukkan uniform miliknya.
Lelaki ‘gila seks’ itu seterusnya memfokuskan ke arah teman wanitanya yang sibuk membetulkan zip seluar dan bajunya sambil melihat ke luar tingkap untuk mengawasi keadaan sekeliling.
Perkara itu didedahkan seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang hanya mahu dikenali sebagai Nas dalam satu pertemuan, baru-baru ini.
Nas berkata, dia memperoleh klip video berkenaan ketika melayari satu laman web sebelum memuat turun ke telefon bimbitnya.
“Pada minggu lalu, saya berjumpa seorang rakan sekampus yang memberitahu mengenai klip video baru yang ‘dilakonkan’ pasangan berkenaan.
“Saya yang pada awalnya tidak mempercayai kata-katanya bagaimanapun terkejut selepas melihat pasangan terbabit (pengawal keselamatan dan gadis bertudung) bercumbuan dan melakukan aksi ‘ringan-ringan’,” katanya.
Menurutnya, klip video terbabit dianggap amat memalukan kerana masih ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk memalukan individu tertentu terutama wanita.
“Dia (pengawal keselamatan) seharusnya menjaga harta benda awam atau milik majikannya dan tidak menyalahgunakan kuasa serta tugas yang diberi kepadanya.
“Selain itu, saya kesal kerana lelaki terbabit masih sempat membawa teman wanitanya ketika sedang bertugas dan melakukan perbuatan terkutuk di tempat kerja termasuk merakam aksi berahi mereka,” katanya.
Kata Nas, kegiatan seumpama itu perlu dipandang serius kerana memberi imej buruk terhadap bidang keselamatan di negara ini.
Difailkan dalam: Artikel, Isu Jenayah, Isu Semasa, Isu Sosial, Undang-Undang




























esh… mmg tak patot… tapi bukan nak kate la… guard tak semenye baik… siriesly, kat tempat aku skola dulu pun cam ampeh je… tapi ade gak yang baik²….
supposely, guard kan kne jage tempat yang die patot jage,, jangan harapkan pagar, pagar makan padi lak.. tak patot…
biasa laa…selagi di namakan maknusia… apa nak kata…yg lain2 tu lebih teruk, budak2 sekolah baru nak masuk remaja pon ada melakukan pekara terkutuk ni, hampir semua pringkat darjat maknusia juga. korang boleh nampak kan. apa pulak berita ni di bubuh muka depan akhbar pulak, banyak benda lain, isu lain yang lebih menafaat untuk di muatkan, di sampaikan pada pembaca…
Harus diakui kegilaan seks dikalangan sesetengah manusia memang sangat melampau! Sedihnya kisah-kisah sebegini yang ratanya melibatkan kaum bangsa Melayu dan Islam seolah sengaja diberi publisiti meluas bagi menunjukkan betapa rendahnya ‘Iman’ umat Islam. Masyarakat melayu memang dah puas tengok ‘adegan seks’ bangsa bukan Islam, dan kesempatan boleh melihat ‘adegan seks’ kalangan bangsa sendiri memang sangat dinantikan oleh segelintir golongan bangsa sendiri juga. Ada yang bermaksud untuk kebaikan dan tidak kurang juga banyak keburukannya.
Bersabarlah dengan segala kemungkaran dihadapan mata. Allah menjadikannya dengan Sebab dan Akibat yang tidak semua umat manusia boleh memahaminya dengan reda dan dalam.
…hanya org yg x berfikir dgn waras je yg tergamak melakukan perkara camni…jgn nnt bila da tersebar pd umum..baru nak mnyesal x sudah…
manusia memang sering melakukan kesalahan,tapi jgan gunakan kata-kata itu untuk melakukan kejahatan. perlu cari ilmu dan beamal dengan apa yang dipelajarai. ditambah pula dengan iman yang tinggi insyaallah tidak akan sesat.