544 kakitangan awam didakwa tuduhan rasuah dalam tempoh 2003-2007

Info Oleh : mSTAR 08 Mei 2008

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa 544 pegawai dan kakitangan kerajaan atas pelbagai kesalahan rasuah sepanjang tempoh antara 2003 dan 2007, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata berdasarkan pecahan mengikut jabatan, 217 daripada jumlah kes pendakwaan itu membabitkan pegawai dan kakitangan dari Polis Diraja Malaysia, 59 dari Jabatan Pelajaran, 28 dari pihak berkuasa tempatan, 19 Jabatan Kebajikan Malaysia, 14 dari jabatan dan majlis agama Islam dan 12 dari Jabatan Kerja Raya.

Pendakwaan turut dibuat terhadap 13 kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan, 12 dari Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan, 11 dari Pejabat Tanah Daerah, 11 dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan 148 dari jabatanjabatan lain.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk berkaitan menerima rasuah 329 kes, memberi dan menawarkan rasuah (4), mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu (103) dan kesalahan menyalahguna kedudukan (40).

Selain itu satu kesalahan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan 67 kes lagi di bawah Kanun Keseksaan dan perundangan lain, katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) mengenai mengenai bilangan kakitangan awam yang dikenakan tuduhan rasuah sepanjang 2003 hingga 2007 dan strategi kerajaan bagi menangani gejala itu.

Mengenai usaha meningkatkan pencegahan rasuah di sektor awam, Mohamed Nazri berkata, BPR akan berusaha mengubah kaedah daripada penguatkuasaan dan tindakan menghukum, kepada menggalakkan jabatan atau agensi kerajaan supaya tampil bekerjasama dengan BPR dalam pelbagai aspek pelaksanaan program pencegahan jenayah rasuah, pencegahan penyelewengan dan salah guna kuasa dengan memberi penekanan kepada aspek kawalan dalaman.

“Ini akan dilaksanakan dengan pembentukan Jawatankuasa Bersama Mencegah Rasuah (JBMR) yang melibatkan hubungan secara langsung dengan agensi-agensi yang kritikal dan berisiko tinggi.

“Dengan memberikan fokus kepada agensiagensi kritikal dan berisiko tinggi, kita yakin ia akan memberi kesan besar ke atas keberkesanan pencegahan rasuah dalam negara ini,” katanya.

BPR juga katanya akan meningkatkan kerjasama dengan Jabatan Audit Negara, dengan mengambil tindakan awal bagi menangani kepincangan dalam jabatan-jabatan kerajaan di mana unsur jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan boleh berlaku.

Menjawab soalan Dr Siti Mariah mengenai sama ada kerajaan bercadang meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) berikutan cadangan penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah, Mohamed Nazri berkata kerajaan tidak bercadang meminda akta berkenaan.

Kepada soalan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) yang mencadangkan supaya BPR tidak hanya menunggu aduan dibuat sebelum menjalan siasatan sebaliknya menyiasat berdasarkan penilaian gaya hidup, Mohamed Nazri berkata, BPR sudah diberikan kuasa itu.

“Di bawah Akta Pencegahan Rasuah, BPR diberi kuasa untuk mengemukakan surat kepada individu tertentu meminta beliau menjelaskan bagaimana beliau dapat hidup lebih mewah berbanding gaji yang diterima,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri turut menegaskan bahawa kerajaan benarbenar serius dalam menangani gejala rasuah, sekaligus menolak dakwaan Lim Kit Siang(DAP-Ipoh Timur) yang mendakwa kerajaan tidak mempunyai ‘political will’ yang cukup kuat untuk menangani masalah itu.

Mohamed Nazri berkata kerajaan juga memerlukan bantuan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk pembangkang dalam memastikan usaha membenteras gejala rasuah bena-rbenar berkesan. BERNAMA

1 Komen

  1. osmana57 said,

    2 November 2008 at 11:59 pm

    Ketua Setiausaha sebagai Pegawai Pengawal perlu bertanggung-jawab dalam semua hal rasuah, salah guna kuasa dan penipuan yang berlaku didalam kementeriannya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: