Kes cabul: Polis teliti rakaman CCTV

KUALA LUMPUR 26 April – Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hotel di ibu negara bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang bekas menteri Kabinet.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat berkata, kes itu sedang disiasat dan masih terlalu awal untuk pihaknya memberikan sebarang kenyataan dan meminta pihak media tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

“Rakaman CCTV itu sedang diproses, tunggulah keputusannya nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis menembak peringkat kontinjen Kuala Lumpur sempena Hari Polis ke-201 di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am di sini hari ini.

Ditanya sama ada polis akan ‘merampas’ pasport bekas menteri itu bagi menghalang beliau daripada ke luar negara dan mengelak sebarang kemungkinan, Abdul Samah memberitahu, buat masa ini belum wujud keperluan tersebut.

“Bekas menteri itu telah memberi kerjasama penuh dan cukup baik,” ujarnya.

Menurutnya, laporan seumpama itu merupakan yang pertama dibuat ke atas bekas menteri terlibat.

Kata beliau, polis akan memanggil beberapa orang saksi dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan bagi membantu siasatan.

Ketika diminta mengulas sama ada wanita berusia 30-an itu diberi imbuhan untuk menarik balik laporan polis yang dibuat pada 18 April lalu, Abdul Samah berkata: “Itu saya tidak boleh komen”.- Utusan

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: