Guru Nodai Murid Sendiri

Baru beberapa hari lepas seluruh Malaysia heboh pasal bekas menteri cabul pelayan hotel, belum pun reda isu itu hari ini setelah aku belek2 akbar hari ini satu lagi kes rogol berlaku iaitu seorang guru sekolah menengah merogol pelajarnya sendiri yang berusia 15 tahun.

Mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya yang juga guru di sekolah sama, kelmarin, selepas didapati sering murung.

Dia bersama kakaknya membuat laproan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, kira-kira jam 4 petang.

Dalam laporannya, pelajar tingkatan tiga itu mendakwa dia dua kali dinodai guru berusia 40 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak di kuarters guru dan bilik darjah pada 26 dan 29 Mac tahun lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik, berkata kakak mangsa mengesan perubahan sikap adiknya itu yang murung sejak beberapa bulan lalu.

Selepas didesak, katanya, pelajar itu menceritakan perkara sebenar kepada kakaknya.

Mangsa mendakwa dia dirogol guru berkenaan yang bertugas menjaga hal ehwal pelajar sekolah itu menyebabkan kakaknya terkejut.

Katanya, susulan laporan mangsa, sepasukan anggota polis menahan guru terbabit yang ketika itu sedang mengajar dalam sebuah kelas.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Hasil pemeriksaan mengesahkan dia pernah dirogol.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan keluarga kerana bimbang berlaku kejadian buruk terhadapnya.

“Malah, sebelum laporan dibuat, kakak mangsa menyedari perubahan sikap mangsa yang sering murung.

“Suspek kini ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta sebatan,” katanya.

Kes guru cabul dan rogol pelajar ini bukanlah kes yang pertama, berapa ramai dah pelajar2 kira menjadi mangsa nafsu buas manusia yang tak bermoral ini. kes ini entah yang ke berapa dah berlaku dalam negara kita ini yang dikatakan mengamalkan prinsip Islam Hadhari tajaan BN dan UMNO.

Apa dah jadi sekarang ini, adakah wanita, anak2 dan pelajar2 perempuan kita tidak selamat lagi ?? Sudah banyak kes rogol ini berlaku. Kalau pemimpin sendiri didakwa melakukan perbuatan yang tidak bermoral ini sepertimana isu bekas menteri sekarang ini yang hanggat diperkatakan oleh semua media, apatah lagi orang2 bawahan ini.

Ini sekadar pandangan dan pendapat aku sahaja. Kalau korang rasa betul korang ambilla sebagai iktibar, tapi klu rasa sebaliknya aku harap kprang buanglah jauh2 dari minda tu…Tapi fikir2kanlah…

Mujahidin ; http://gerbanginformasi.wordpress.com

18 Respons

  1. aku just nk ckp satu perkara….
    kalo aku ckp bdk pompuan tu rela camne….
    n bdk tu mmg dah teruk gler sblm 2…
    tp x leh nk ckp pe coz dia BAWAH UMUR!!!!
    alah sape2 bleh bt silap…
    cikgu pn manusia biasa….
    cume aku hrp cikgu tu byk2 bersabar dan bertaubat…
    n aku cume siankan anak bini dia…
    aku harap diaorg tabah…
    aku ckp ni coz aku knl cikgu tu and keluarga…
    AMAT KENAL!!!!!

    Mujahidin : WALAUPUN BDK 2 RELA..JGNLA AMIK KESEMPATAN KE ATAS KERELAANNYA. HORMATILAH STATUS “GURU” TU..MMG KITA SEMUA MANUSIA BIASA, SELALU BUAT SLH N SILAP. TAPI ALLAH BAGI KITA AKAL FIKIRAN SUPAYA KITA BFIKIR YG MANA BAIK N BURUK. JGN IKUT HAWA NAFSU SEMATA2..KALAU IKUT NAFSU ROSAK BINASALAH KITA. LAGI PUN DIA TU ADA ANAK BINI. FIKIRLA SIKIT..
    AKU PUN HARAP CIKGU TU BERTAUBAT N INSAFLA ATAS PERBUATANNYA..KALAU SUDAH TERLAJAK, TAK BOLEH DI UNDUR LAGI..

    • aku sokong kau mujahidin!!!!!!!
      betul apa yang kau katakan tu!! kalau dah nama cikgu tapi akai tara guna,buat ape jadi cikgu? kan sepatutnya cikgu lah yang m’jadi pendidik di sekolah sekaligus mewakili tanggungjawab sebagai ibu bapa walau waktu yang hanya sementara di sekolah,dan ibu bapa juga telah m’beri kepercayaan sepenuhnya kpda ‘cikgu2′ ini utk m’didik anak2nya,tapi kalau dah jadi mcm ni,sapa lagi yang kita nak percayai? yang mana org kata ‘harapkan pagar,pagar pula yang makan padi’ kalau macam tu,jangan la jadi cikgu,jadi la penyangak nafsu setan!! si ‘no name’ tu mmg tak pakai akal dia utk b’ckp mcm tu!!!

  2. aku cikgu gak, tp kalu aku jd wife dia, aku dah sayonara kat dia, tak kira la dia kelabu mata ka kelam mata ka. Kalu anak dia orang buat camtu dia boleh kata sabar la.. dah takdir… mau berbenjol kepala org tu… tak kena tang muka sendiri tak pa la…
    rasa-rasa cikgu tu dah terlebih jaga kebajikan…. Kepada wife dia buat lah solat istikarah minta allah tunjuk jalan yang benar.

    Mujahidin : Aku sokong…TQ kunjungi blog ini.

  3. aku pun bengang gak pa nak jadi…. x kcian ke kat anak dara orng? ye la orng pmpuan bla da kena nodai.. selamanya akan bayangkan bnda yang jadi kat dia dan tanggung malu… c penoda? kalu budak tu pandai tapi orng miskin? kan kcian… nak bejaya tapi guru cmtu snang2 nak wat camtu kat anak dara orang… aku walaupun lelaki aku btul2 rasa derita yang pompuan kena noda. ye la.. kalu da hari2 kuar cite tu.. X KCIAN?????

  4. puncanya sebab tak laksanakan undang2 islam… hukuman penjara mana orang takut. cikgu jahat tu dah kawin! cuba kalau rejam baling batu sampai mati?
    memang gerun pastu semua orang takut nak buat….

    tapi aku heranlah kenapa orang melayu ni mengaku islam tapi HUKUM ALLAH mereka tolak jauh…. negara islam lain buat ungang2 potong tangan pencuri takde masalah pun…
    ni lepas ni rakyat nak tukar kerajaan sekular plak iaitu PKR…hai bodoh betul org melayu ni… fikirlah PKR & BN dia punya sistem sama jer macam barat! kenapa taksub ngan PKR!!?
    cuba renungi ayat aku ni:

    “Saya amat berbangga dengan PERDANA MENTERI ANWAR IBRAHIM yg berasal DARI KERAJAAN BARISAN NATONAL..mengapa kamu membenci beliau.MeNgapa menngelarkan ANWAR DAJJAL?.adakah kerana beliau menyokong ISRAEL? Kamu patut berbangga kerana di MALINGSIAL mempunya tokoh yang mahu menjadikan negara kamu makmur dan moden seperti USA,TURKEY dan ISRAEL.Tentang dajjal,kita semua sedang menunggu kehadiran beliau,oleh itu berubahlah kalian seperti bangsa teragung iaitu YAHUDI! TaqbiR!!”

    KESIMPULANNYA HASIL YG BAIK MESTILAH DARI BENIH YG BAIK, ANWAR ADALAH BINIH ASAL DARI UMNO! ADAKAH BELIAU BERHASRAT NAK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM???

    DIA TAK PERNAH PUN CAKAP NAK TUBUHKAN NEGARA ISLAM!

  5. PEMBETULAN:

    “memang gerun pastu semua orang takut nak MEROGOL….”

  6. ooo my God..emmm 2 2 pn salah jg la..mana da 1 pihak shj yg salah..apa2 pn hidup msti dtruskan jg rite..so..abl ne sbg p.ajaran…

  7. 2 la sapa swoh bdk2 2 lembik. kena la tegas. Hmm kena ajar ckit perogol 2.biar diatau langit tinggi ke rendah..

  8. aku rasa elok la cikgu tu betaubat dan budak tu pun aku rasa salah juga sebab kalau dia yang tak hendak tak kan benda tu nak jadi,kalau dah ikut balik ke rumah dan dalam kelas yang tak ada orang dan masa laporan tu di buat nampak sanggat macam hendak perkara tu berlaku dan cikgu tu kita sebagai pendidik ni janganlah menyalah gunakanan status kita.malu guru semalaysia. lu pikirlah sendiri nabil

    • mcm takde akai la ckp mcm ni.. sapa yg tau kalau bdk tu t’tpu? t’pedaya atau apa2 saja dengan muslihat cikgu tu? dari jarak umur sendiri dah m’buktikan betapa jauhnya jarak umur mereka masing2,dan sebagai cikgu tambah2 lagi yg m’megang tnggungjwb sebagai ‘Penjaga Hal Ehwal Murid2′ tak ke patutnya dia lebih m’punyai ilmu kewarasan sebagai seorang cikgu,SEANDAINYA bdk pmpuan tu pn rela,sepatutnya itulah tnggungjwb sebagai cikgu utk m’betulkan mana2 part yg salah,apakah mkna ‘CIKGU’ dlm pengertian korg sebenarnya???

  9. kalau betul cikgu tu rogol…mmg la durjana cikgu tu.
    tapi mcm mna kalau budak tu sengaja fitnah..ye la,, kakak dia pun cikgu kat situ gak. nampak mcm tertuduh ni pentadbir (hem) mana la tahu dia pernah komplen kakak bdak tu..sebab kerja tak siap atau lambat (rekod kehadiran pelajar). yg bleh menyebabkan rasa dendam. last sekali dorg pakat adik bradik kasi kena tertuduh..tak ke kes naya mcm tu???

    • pakat?? rasanya..macam murah sangat maruah pada pndangan korang ni ya? b’pakat utk m’balas dendam dengan m’gadaikan maruah seorang adik kndung sendiri???
      apasal tak masuk akal benar ayatnya tu? agak2 kalau ada adik pmpuan,snggup tak suh dia bagi “brg” dia tu pada sapa2 semata2 utk puaskan dendam awak? lps tu wat la report polis,ckp org rogol adik awak? persoalanya: snggup ke gunakan dan gadaikan maruah adik sendiri?? darah daging sendiri?? bkn manusia namanya kalau ada yg sanggup.. tapi IBLIS!!

  10. ..Apelah nk jd skrg ni…kalau benarlah kejadian ini, nilah yg d katekan hrpkan pagar, pagar mkn padi….sepatutnya sebagai seorg pendidik..dia mstilah bertangungjwb di atas kebajikan para pelajarnya..ni tdk..dia mnyalahkan kuasanye utk kepentingan nafsu serakahnya itu..hukuman yg setimpalnya patut d kenakan kpd guru tu..kesian kpd nasib pelajar tu & anak isterinya

  11. Bagi aku yang beribukan seorg wanita, beradikan seorg perempuan, sesape yg merogol tu patut dikasi je anunya. Kurang ajar betul. Patut dilaksanakan je hukuman rejam.

  12. ish x taw dOse ke diorang nie..??CIKGU 2.

  13. X TAW DOSE KE?CIKGU 2

  14. kalau perangai guru macam ini tak berhati perut kepada pelajar ,kita nak hantar anak kita belajar kat mana ……jangan jadikan dunia ini neraka ….dunia kita adalah surga.

  15. absolutely i’m agree with ur opinion…!!!

Tinggalkan jawapan